tag:blogger.com,1999:blog-65600016346219902922024-03-06T09:45:59.540+08:00MENJEJAK YANG HILANGTENTANG APA SAJA YANG DIRASAKAN BERGUNA DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEJAGAT.Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.comBlogger61125tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-15599151595197112802011-11-04T18:19:00.000+08:002011-11-04T18:38:36.664+08:002 Cucu Natrah (Maria Bertha - Hertogh) Melawat Trengganu

2 cucu Natrah teruja dibawa ke Terengganu
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
bhkt@bharian.com.my
2011/11/04

ROK

CHUKAI:
“Kami teruja dan gembira dapat bertemu keluarga yang pernah bersama
nenek dulu. Kami banyak mengetahui kisahnya daripada ibu bapa dan
internet,” kata Sasha Van Gastel, 18, cucu Natrah Maarof atau Maria
Bertha Hertogh.

Isu Natrah, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che
Aminah Mohamad dari Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila
mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya, sehingga
mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950.

Sasha, cucu sulung Natrah, bersama sepupunya, Romy Elizabeth Marian
Smol, 17, dibawa dari Belanda untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak
saudara angkat Che Aminah, di Kampung Mak Chili Paya di sini, semalam,
atas inisiatif Tourism Malaysia Terengganu dan Tourism Malaysia The
Hague, sempena program ‘Building Bridges, iaitu program menggalakkan
pelajar luar melancong ke negara ini.

Sasha adalah anak kepada
pasangan Jan Van Gastel dan Carolien Van Gastel, manakala Romy adalah
anak kepada Frans Wolkenfelt dan Carla Wolkenfelt.

Carolien anak perempuan Natrah, manakala Wolken-felt anak sulung Natrah.

Kali pertama bersua, dua gadis itu pada mulanya agak kekok, namun
keramahan keluarga Rokayah melayani mereka membuatkan suasana bertukar
lebih selesa hinggakan suasana hiba terbit apabila Sasha dan Romy mahu
pulang selepas kira-kira empat jam bersama.

Sasha dan Romy turut bertukar cenderamata dengan keluarga pesara guru
itu dan dibawa melawat rumah lama Che Aminah di Kampung Gong Pauh, di
sini.

Sasha yang saling tidak tumpah iras Natrah agak sukar
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi dibantu Romy yang boleh
bertutur sedikit dalam bahasa Inggeris dan mereka tidak putus-putus
berbual mengenai kisah silam dengan Rokayah, yang melayan mereka sambil
menunjukkan gambar dan laporan meluas media mengenai Natrah di negara
ini.

“Di sana (Belanda) orang tidak ambil kisah kami cucu
Natrah, tetapi apabila di sini, kami agak terkejut apabila menjadi
tumpuan dan ditemubual seperti ini. Kami diberitahu mengenai perancangan
membawa kami ke sini seminggu lalu dan kami sangat teruja.

“Kami sudah mengambil banyak gambar dengan keluarga angkat nenek dan
keindahan Malaysia. Kami tidak sabar untuk berkongsi dengan keluarga di
Belanda,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada Tourism Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Mohd Nasir
Kushairi, berkata pertemuan itu adalah sebahagian daripada usaha
menggalakkan pelajar serta lepasan kolej luar negara melawat Malaysia,
khususnya Terengganu.

Natrah adalah anak kepada pasangan
Adeline Hunter dan Andrianus Petrus Hertogh, berketurunan Belanda.
Beliau diserahkan bapanya kepada seorang wanita bernama Che Aminah
Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia selepas
menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942.

Sejak itu, Natrah
yang ketika itu dikatakan berusia lima tahun dibesarkan oleh Che Aminah
dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan memeliharanya seperti anak
sendiri serta diberi didikan mengikut adat Melayu dan Islam.

Namun, selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan berusaha mencari
Natrah sehingga berjaya menemuinya, namun berlaku perebutan antara
Hertogh dan Che Aminah terhadap penjagaan Natrah sehingga terpaksa
membuat rayuan di mahkamah dan Che Aminah berjaya mendapat Natrah.

Natrah kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun
dan pada 12 Disember 1950, mahkamah mengarahkan Natrah dikembalikan
semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda. Selepas itu berlakulah
rusuhan Natrah di Singapura yang menyebabkan 18 maut dan beratus lagi
cedera.
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-31486237783179023372011-10-26T09:11:00.003+08:002011-11-04T18:29:48.141+08:00Misteri gempa

Kehadiran ribuan katak di China sebelum gempa tahun 2008.

HAMPIR setiap bulan kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian gempa bumi
yang sekali gus mencetuskan persoalan dan kebimbangan - mengapakah
kejadian itu kian kerap sehinggakan negara seperti Malaysia yang suatu
ketika dulu asing dengan gegaran gempa, kini turut berasakan tempiasnya?
Jika keadaan makin kerap, mungkinkah gempa paling kuat bermagnitud 9 ke
atas atau ‘ibu’ gempa belum berlaku dan bilakah agaknya?

Kebimbangan itu ada asasnya kerana Agensi Kajian Geologikal Amerika
Syarikat (USGS) menganggarkan kira-kira 1.5 juta gempa bumi dengan
magnitud 2.0 pada skala Richter dicatatkan setiap tahun. Berdasarkan
andaian itu, bererti purata 134 gempa bumi magnitud antara 6 dan 6.9
berlaku setiap tahun.

Tahun ini saja menyaksikan banyak gempa bumi yang di luar jangkaan
dan besar berlaku termasuk kejadian di Fukushima, Jepun pada Mac lalu,
berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang, serta
mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl.

Satu lagi gempa besar berlaku di Christchurch, New Zealand pada
September lalu dengan 6.3 skala Richter yang membunuh hampir 200
manakala 6 September lalu gempa bumi 6.6 melanda pulau Sumatera,
Indonesia, membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang
jatuh katil dan seorang lelaki yang terkena serangan jantung ketika
melarikan diri waktu kejadian.

Baru-baru ini pula, negara yang
sudah lama tidak dilanda bencana alam itu seperti Amerika Syarikat,
Cuba, India dan Nepal turut merasai gegaran walaupun ukuran gempa
dilabelkan sebagai sederhana masih menyebabkan banyak kehilangan nyawa
dan kemusnahan harta benda yang bukan sedikit.

Ini tidak
termasuk negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik seperti
Indonesia, Filipina, China, Taiwan dan Jepun yang mana setiap tahun
pasti merasai gegaran gempa sama ada bersifat lemah hingga yang paling
kuat.

Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang
sudah lama tidak dilanda gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan
Virginia paling teruk menerima kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala
Richter. Virginia sering bergegar tetapi kesan gempa kali ini paling
kuat selepas lebih satu abad!

Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali
ini sebagai satu amaran bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal
berlaku di negara berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua
seperti Cuba dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.

Kes di
Amerika Syarikat, Cuba dan Guatemala pula berlaku serentak dan berselang
hari yang meningkatkan keyakinan saintis dan pakar geologi bahawa akan
berlaku bencana lebih besar dalam tahun ini atau awal tahun depan.

Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa
gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac
lalu, mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara
drastik meningkatkan ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal
melanda Tokyo pada masa terdekat. Ini diburukkan lagi dengan faktor
pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Institut itu
meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus sempadan plat
boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu gempa bumi 7.3
skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran
pada Mac lalu namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.

“Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang
akan sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion). Malah, sebelum Mac kami
menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus gempa bumi utama akan
mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh 30 tahun akan
datang,” Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan
Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.

Hirata
menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana
memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak
boleh meramal bila akan berlaku.

“Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia,” katanya.

Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac,
jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan. Jepun, kini
mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.

Sementara itu, gempa bumi 6.9 magnitud di wilayah terpencil Himalaya
yang merentangi India, Nepal dan Tibet yang meragut nyawa
sekurang-kurangnya 54 orang yang berpusat di Sikkim, India Ahad lalu
dianggap luar biasa jika dilihat kepada ukuran magnitud dan sifat asal
gempa di kawasan berkenaan kerana wilayah itu terletak di plat tektonik
Tibet dengan catatan gegaran sederhana.

Beberapa ahli geologi
India berpendapat tahap gegarannya sangat berbeza dengan ukuran yang
pernah dicatatkan di kawasan itu sebelum ini.

Ahli geologi
Institut Sains India, CP Rajendran berkata, gempa di Sikkim berbeza
kerana "magnitud yang luar biasa besar". USGS menyatakan, gegaran
dirasai hingga ke Bhutan selepas ia menggegarkan sempadan Sikkim dan
Nepal kira-kira jam 6.10 petang Ahad waktu tempatan. Pusat gempa
terletak 60 kilometer di barat laut Gangtok, dengan kedalaman 19.7
kilometer. Gempa bumi itu diikuti dengan dua gegaran susulan yang kuat.

Beliau juga berpendapat, gempa di wilayah itu berbeza dengan
kejadian gegaran yang selalu berlaku di jajaran Himalaya kerana ia di
berlaku secara melintang akibat pelanggaran plat Eurasia dengan plat
Eurasia

Pakar geologi Institut Penyelidikan Geofizikal
Kebangsaan India di Hyderabad, Vineet Gahaulat berkata, gempa bumi di
Sikkim berlaku secara melintang merentasi Himalaya dan beliau percaya
akan berlaku gempa susulan yang lebih besar selepas ini

“Kejadian ini pernah dijangkakan akan berlaku dan kita percaya ia akan
sebesar kejadian gempa bumi sekuat seperti kejadian di Chamoli pada 1999
dan Uttarkashi pada 1991,” katanya.

Petanda gempa

Benarkan
petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana
itu? Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil
Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4
September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum
gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

Berikut hasil kajiannya:

1. Deria unik haiwan

Sehari
sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh
40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah
berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah
takut dengan apa yang bakal berlaku

Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.

Beberapa
pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan
masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di
Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising
dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada
laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya
keluar rumah.

Pemantauan di Christchurch, New Zealand,
melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising
dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa
pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua
tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.

Di Canterbury,
mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat
seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90
minit sebelum kejadian.

Laporan lain memetik petugas
National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai
kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung
flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di
kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat
bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan
dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi
berlaku.

Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri
ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di
LAquila, Itali.

Pada 1975, laporan paling popular
menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian
masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di
Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan
pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan
mengelak lebih banyak kematian.

Pakar gempa Amerika
Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu
disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat.
Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau
lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara
ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.

2. Perubahan di darat/air

Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu,
penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan
fenomena getaran di situ.

Pasangan suami isteri yang berada
di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke
belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai
Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya
turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di
Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.

3. Langit/awan

Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi
seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi
New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna
menyamai pelangi.

4. Elektronik

Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang
berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan
gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.

Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.

Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik
iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat
terpisah daripada buku.

Oleh Rohaniza Idris Berita Harian 2011/09/25
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-61777321524822480602011-10-26T09:06:00.002+08:002011-11-04T18:30:09.744+08:00Azab AsidSenjata jenayah asmara: Majoriti kes simbah asid angkara cinta, kerjaya dan pertikaian jiran

AMENEH
Bahrami hilang penglihatan dan wajahnya cacat akibat serangan asid yang
dilemparkan rakan sekelas di universitinya di Teheran, Iran kira-kira
tujuh tahun lalu, hanya disebabkan enggan menerima cinta lelaki
berkenaan.

Beliau yang kekal cacat pada wajah dan buta
kedua-dua matanya sudah menjalani 17 pembedahan di Sepanyol dibiayai
kerajaan Iran bernilai RM107,929 pernah menggemparkan dunia apabila
menuntut pesalah yang melemparkan asid itu dihukum supaya kedua-dua
matanya dibutakan mengikut prinsip qisas, undang-undang syariah yang
diamalkan di Iran.

Namun, pada 31 Julai lalu, Ameneh, 33, memaafkan penyerangnya itu,
Majid Movahedi selepas beberapa kali hukuman itu ditangguhkan atas
rayuan pesalah. Alasan kemaafan Ameneh, beliau mahu melupakan titik
hitam berkenaan walaupun parut kesan kejadian itu masih ada selain
berbuat demikian kerana negaranya.

Itu secebis kisah mangsa serangan asid di Iran yang mendapat liputan
luas dunia. Hakikatnya, banyak lagi serangan seumpamanya berlaku di
seluruh pelusuk dunia dari negara mundur sehingga negara maju seperti
Britain, Amerika Syarikat dan Jepun. Malah di Malaysia, serangan yang
satu ketika dulu terlalu jarang berlaku, kini kian kerap berlaku.

Serangan asid ditakrifkan sebagai adalah satu bentuk serangan ganas
dengan yang pesalah membuang asid ke tubuh seseorang “dengan niat
mencederakan atau mencacatkan akibat rasa iri hati atau dendam.”
Serangan bahan kimia murah ini juga sering dikaitkan dengan kes jenayah
asmara dan keganasan rumah tangga. Asid adalah suatu senjata yang mudah
diperoleh dan murah dan biasanya boleh dibeli pada harga kurang $1 dolar
(RM3.20) seliter dan sering digunakan untuk kerja pembersihan di rumah
atau mencuci pakaian di kawasan luar bandar. Pesalah serangan ini
biasanya membuang asid pada muka mangsa dengan niat mencacatkan wajah
meninggalkan parut kekal dan menyebabkan mangsa buta.

Jenayah
itu paling biasa dilihat di negara miskin dan mundur seperti Kemboja,
Afghanistan, India, Bangladesh, Pakistan dan Iran serta beberapa
negara berdekatan. Namun, kes di negara maju turut dicatatkan tetapi
jumlahnya kecil.

Menurut laporan, 80 peratus mangsa serangan
asid ini adalah wanita dan hampir 70 peratus mereka berumur 18 tahun dan
ke bawah. Di Asia Selatan saja, serangan asid ini adalah sebagai satu
bentuk bagi membalas dendam atas penolakan seksual, peminangan dan
pertikaian mengenai tuntutan mas kahwin.

Penyelidik, Taru Bahl dan MH Syed yang menjalankan kajian mengenai
serangan asid di Asia Selatan berkata, antara sebab utama serangan asid
itu adalah pertikaian tanah manakala di Bangladesh, serangan itu secara
relatifnya, berlaku kerana keganasan rumah tangga.

Di India
pula, serangan asid juga digunakan untuk menguatkuasakan sistem kasta,
yang mana individu kasta tinggi yang dianggap lebih mulia, sering
menyerang kasta rendah kerana kononnya melanggar perintah sistem itu.
Apa yang pasti, bilangan kes serangan asid meningkat setiap tahun dan
dilaporkan 68 serangan asid dilaporkan di wilayah Karnataka saja sejak
1999.

Di Kemboja, serangan biasanya dilakukan wanita yang menyerang kekasih suami mereka yang curang.

Serangan asid paling tinggi dicatatkan di Pakistan dan jumlah kes
terus meningkat setiap tahun. Wanita yang berparut di muka terkena asid
sering dilabelkan ‘perampas’ suami orang walaupun ada juga kes dilakukan
kerana kes dendam. Serangan di Pakistan, biasanya dilakukan suami yang
marah terhadap isteri kerana ingkar dengan arahan mereka mereka atau
dilakukan terhadap isteri yang curang.

Mengikut statistik
Yayasan Mangsa Asid (ASF) di Dhaka Bangladesh, sejak 1999 hingga tahun
lalu, sebanyak 2,433 kes serangan asid dilaporkan membabitkan 3,114
mangsa. Bagi tahun ini sehingga Ogos lalu, sebanyak 58 kes dilaporkan
membabitkan 77 mangsa.

Selepas penubuhan ASF , jumlah serangan
asid mula menurun lebih-lebih lagi apabila kerajaan menguatkuasakan
undang-undang tegas bagi menangani isu berkenaan termasuk tertuduh boleh
dihukum mati jika didapati bersalah di mahkamah. Pada 1999, ketika ASF
ditubuhkan, kira-kira 500 kes direkodkan setiap tahun di negara itu
tetapi kini jumlah itu menurun sehingga kurang daripada 100 setahun.
Namun, angka itu masih tinggi di kalangan negara Asia Selatan.

Di Pakistan, dianggarkan kira-kira 150 serangan dicatatkan setiap tahun
yang mana 80 peratus mangsa adalah wanita dan selebihnya lelaki dan
kanak-kanak (biasanya bukan mangsa yang disasarkan tetapi turut menjadi
mangsa) manakala Persatuan Wanita Progresif di Rawalpindi, mendakwa
kira-kira 8,000 mangsa melecur akibat asid dan dibakar sejak 1994.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana percaya 30 peratus kes serangan
asid tidak dilaporkan.

Selain Iran, Pakistan juga mengamalkan
prinsip qisas untuk menghukum pesalah serangan asid yang mana penyerang
akan menerima hukuman lebih kurang sama dengan mangsa mereka. Namun,
sehingga kini tiada pesalah asid yang dihukum sedemikian.

Mei
lalu, Parlimen Pakistan meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan dan
Pencegahan Jenayah Asid yang mana individu yang didapati bersalah akan
dipenjarakan seumur hidup.

Sejak beberapa tahun kebelakangan
ini, banyak negara mengiktiraf serangan asid sebagai satu jenayah berat
dan keganasan terhadap wanita yang perlu dikenakan hukuman berat.

Justeru, Malaysia yang kini diancam ‘fenomena’ serangan asid perlu
memikirkan supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan kepada penjenayah
bahan kimia ini manakala kawalan bahan berkenaan perlu ditingkatkan
bagi mengelak ia disalah guna sebagai ‘senjata baru’ untuk kes jenayah
asmara dan keganasan rumah tangga.

Wartawan, orang kampung, model antara mangsa

BRITAIN

Katie
Piper adalah model dan pengacara televisyen popular Britain, menderita
selepas wajahnya melecur teruk disimbah asid oleh bekas kekasihnya pada
Mac 2008. Ketika kejadian, Piper berada di sebuah kafe siber apabila
tiba-tiba seorang lelaki meluru mencurahkan secawan asid ke tubuhnya.
Piper turut dirogol dan diseksa lelaki yang hanya dikenali dua minggu
sebelum serangan. Selain cacat dan parut, mata kiri Piper turut buta.
Kisahnya mendapat liputan meluas media dan menjadikannya selebriti
selepas nasibnya dijadikan dokumentari. Piper turut menjadi hos program
‘My Beautiful Friends’ yang ditayangkan di Channel 4 dan disiarkan pada
Mac lalu. Dokumentari "Katie: My Beautiful Face" pula tercalon sebagai
Dokumentari Terbaik Anugerah BAFTA manakala bukunya Beautiful turut
mendapat sambutan ramai. Selain muncul di kaca televisyen, Katie juga
terbabit dalam kerja-kerja amal membantu mereka yang senasib dengannya
melalui sebuah pertubuhan dikenali sebagai Yayasan Katie Piper. Banyak
anugerah diterimanya dari seluruh dunia termasuk Anugerah Wanita
Inspirasi, Anugerah Galakan bagi Pride of Andover Awards pada Oktober
2010 dan sebelum itu pada 6 Oktober tahun yang sama menerima anugerah
pilihan ramai sebagai "Women to Watch: Inspiration" Anugerah Wanita
Terhangat Majalah Red.

AMERIKA SYARIKAT

Pada 1965,
wartawan dan ahli kesatuan sekerja, Victor Riesel disimbah asid ketika
meninggalkan sebuah restoran. Serangan itu dipercayai dilakukan mereka
yang berang pendedahannya mengenai rasuah Presiden Kesatuan Sekerja
Jurutera Operasi, William C DeKoning Jr. Akibat serangan itu Riesel buta
dan kesan parut jelas kelihatan di dagu dan pipi sebelah kirinya.
Namun, selepas itu Riesel menjadi semakin popular dan sering menjadi
tetamu undangan untuk rancangan bual bicara di kaca televisyen dan radio
menceritakan pengalamannya. Kejadian serangan itu sedikit pun tidak
melemahkan beliau untuk terus bertugas sebagai wartawan, malah beliau
diberikan kolum khas dalam akhbar.

PAKISTAN

Saira
Liaqat, 26, melecur teruk di muka selepas disimbah asid oleh suaminya
sendiri yang dikahwininya ketika beliau berusia 15 tahun. Kejadian
berlaku kerana suami yang juga saudara keluarganya itu tidak berpuashati
kerana Saira enggan tinggal bersamanya walaupun sudah bernikah. Saira
dan keluarga suaminya sebelum bernikah bersetuju yang beliau akan
tinggal dengan suaminya selepas menamatkan pengajiannya. Saira sudah
menjalani sembilan pembedahan plastik bagi membetulkan wajahnya, namun
sehingga hari ini parut itu tetap kelihatan.

KEMBOJA

Srey
Ya buta selepas diserang simbahan asid ketika beliau bekerja di sebuah
kelab malam ketika berusia 21 tahun. Beliau buta dan mukanya melecur
teruk. Srey Ya meneruskan kehidupannya dan berkahwin dengan suaminya
yang buta. Mereka mengendalikan pusat urut yang pekerjanya orang buta.
Selain kes Srey Ya, kes simbahan asid paling tragik di sini turut
membabitkan aktres Tet Marina, yang berusia 16 tahun pada 1999. Tet yang
menjadi perempuan simpanan seorang ahli politik tempatan diserang oleh
isteri lelaki itu.

HONG KONG

Kira-kira 30 orang awam
cedera dalam satu kejadian serangan asid apabila botol asid dibaling
dari sebuah bangunan di sebuah pasar malam sibuk di Temple Street, pada
Januari 2010. Sejak akhir 2008, ada sekurang-kurangnya enam serangan
asid di beberapa daerah beli belah di Hong Kong menyebabkan lebih 100
orang cedera.

BANGLADESH

Pada 2009, Khodeza Begum
disimbah asid ketika tidur di rumah buruknya di Satkhira, Bangladesh.
Mengimbau kejadian berlaku pada satu malam di musim dingin lapan tahun
lalu, Khodeza berkata, kejadian itu turut terkena anak perempuannya yang
tidur di sebelahnya. Berusia 30 tahun, Khodeza terpaksa menerima
kenyataan bahawa sebahagian daripada wajahnya kekal berparut dan
terpaksa dilindungi di bawah tudungnya. Walaupun dipaksa menanggung
kecacatan seumur hidup, nasib Khodeza tidak mendapat pembelaan
sewajarnya. Tidak diketahui punca beliau diserang, Khodeza benasib baik
kerana beliau tidak ditinggalkan suaminya walaupun mukanya cacat. Pada
2003 di Dhaka, seorang bayi berusia 18 hari, Sonali Islam turut menjadi
mangsa serangan asid menyebabkan beliau buta dan separuh telinga dan
melecur teruk di kepala. Bapanya Nur Islam turut melecur di muka,
tangan, badan dan bahu. Motif serangan itu hanyalah perbalahan mengenai
tanaman buluh Nur islam dan jiran sekampungnya.

INDIA

Di
Delhi, Februari 2006, Renu disimbah asid ketika beliau sedang
memandikan kerbaunya. Akibat serangan itu beliau menjadi buta dan
melecur teruk di muka dan kepala. Beliau yang menjadi ibu kepada empat
adiknya selepas kematian ibu mereka kini terpaksa mengharapkan belas
kasihan adiknya untuk menjadi kehidupan.

KANADA

Kisah
di Kanada ini berbeza dengan mangsa serangan asid lain kerana wanita
yang dikenali sebagai Bethany Storro yang mendakwa disimbah asid oleh
penyerang tidak dikenali sebenarnya menyimbah asid itu sendiri ke
mukanya. Tidak diketahui sebab beliau berbuat demikian tetapi dipercayai
Storro sengaja mencari publisiti untuk hidup senang. Selepas dikatakan
disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali, berita mengenai
kejadian itu mendapati simpati ramai malah, Storro menerima berpuluh
ribu dolar dalam akaunnya. Beberapa agensi berita juga termasuk
Rancangan Bual Bicara Oprah mahu menjemputnya berkongsi pengalaman.
Namun, semua itu tidak menjadi apabila kisah penipuan Storro didedahkan
polis dan beliau akhirnya mengembalikan semula wang sumbangan itu.

AFRIKA SELATAN

Pada
8 September lalu, wanita Zimbabwe mahu dikenali sebagai Susan cedera
teruk di muka selepas disimbah asid ketika menaiki teksi di Sea Point,
Johannesburg. Serangan dipercayai disebabkan kebencian terhadap orang
asing atau sindrom ‘xenofobik’. Kini, Susan selesai menjalani pembedahan
di wajahnya. Akibat serangan itu, Susan kehilangan penglihatan sebelah
mata kanan, melecur teruk di seluruh muka dan bibir.

JEPUN

Penyanyi
dan pelakon terkenal Jepun zaman 50-an dikenali sebagai Hibari Misora
disimbah asid ketika mengadakan satu persembahan di Panggung
Antarabangsa Asakusa pada Januari 1957. Penyerangnya dipercayai peminat
fanatik beliau, namun aktres ini bernasib baik kerana kesan melecur itu
tidak teruk dan meninggalkan parut di wajahnya. Aktres ini meninggal
dunia pada 1989 kerana pneumonia dalam usia 52 tahun.

Oleh Rohaniza Idris

2011/09/18

Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-36063742427960014762011-10-26T09:03:00.001+08:002011-11-04T18:30:32.753+08:00Gaddafi Dalam KenanganAnak, harta lebih RM100 bilion dan pasukan pengawal perawan tonggak Muammar Gaddafi

SUDAH
pelbagai gelaran dilontarkan terhadapnya - 'Anjing Gila Asia Barat,'
dan 'Pengganas.' Namun, ia sama sekali tidak pernah mencalar semangat
pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang memerintah Libya, sebuah negara
Afrika yang kaya hasil minyak, sehingga 42 tahun lamanya.

Malah, biarpun sudah berkuasa di negara yang berkeluasan 1.77 juta
kilometer persegi itu, Gaddafi yang lebih terkenal sebagai pemimpin
berpakaian unik ala jubah dengan topi pelbagai warna senada bajunya,
seakan belum puas. Pernah beliau menghimpunkan semua ketua puak Afrika
dan mengisytiharkan dirinya ‘Raja Segala Raja’ atau Raja Afrika.

Namun selepas sekian lama mengamalkan sikap ‘muka tebal’ dan
meneruskan pentadbiran mengikut tindak tanduknya selain pernah
dipulaukan kerana dituduh terbabit dalam keganasan, beliau kini parah
dek tentangan rakyatnya sendiri sejak Februari lalu yang turut dikatakan
hasil mainan tangan ghaib pihak Barat. Tentangan yang disusuli bedilan
Tentera Bersekutu - Amerika Syarikat dan Eropah, Ahad lalu menerusi
Operasi Odyssey Dawn atas alasan mahu memaksa Gaddafi menghentikan
serangan terhadap rakyatnya sendiri. Antara yang terkorban termasuk anak
lelakinya, Khamis yang turut memberi tamparan hebat kepada Gaddafi.

Rentetan peristiwa itu melonjakkan nama Gaddafi di persada
antarabangsa yang sebelum ini suam-suam kuku. Bagaimanapun, selain
mengenali dirinya sebagai pemimpin yang kini berdepan ujian paling
getir, hakikatnya lelaki yang mengakui dirinya raja dua benua - Arab dan
Afrika itu juga seperti insan lain, ada kehidupan peribadi dan keunikan
yang menjadikannya istimewa berbanding pemerintah lain.

Pemilik nama asal Muammar Abu Minyar al-Gaddafi atau lebih dikenali
Kolonel Gaddafi, dilahirkan pada 7 Jun 1942, di dalam khemah masyarakat
Badwi di sebuah gurun di Sirte, sebuah bandar Meditterranean, 360
kilometer di timur Tripoli.

Beliau yang lebih sinonim dengan
imej rambut lebat, berwajah serius, menduduki tampuk pemerintahan Libya
selepas melancarkan rampasan kuasa tentera pada 1 September 1969 dengan
menggulingkan Raja Idris. Gaddafi yang ketika itu baru berusia 27 tahun,
mewujudkan Republik Arab Libya. Sepanjang tempoh 1970-an hingga
1980-an, kerajaannya dipinggirkan Barat kerana didakwa mengamalkan
pelbagai kesalahan, termasuk keganasan dan membunuh pemimpin pembangkang
serta mengumpul kekayaan bagi keluarganya.

Kekayaan melimpah ruah dimiliki pemimpin zalim ini dan
keluarganya diketahui umum selepas banyak negara di serata dunia mula
membekukan aset mereka yang nilainya mencecah berbilion dolar. Kerajaan
Amerika Syarikat saja merampas kira-kira AS$30 bilion (kira-kira RM90
bilion) sementara Kanada membekukan RM7.26 bilion, Austria (RM5.14
bilion) dan United Kingdom kira-kira RM3 bilion. Aset yang dibekukan
dikatakan hanya sebahagian kecil daripada nilai sebenar harta yang
keluarga Gaddafi miliki di serata dunia.

Namun, selaras
pergolakan di Libya, timbul persoalan - siapa bakal penggantinya?
Gaddafi berkahwin dua - Fatiha dan Safiya Farkash dan mempunyai lapan
anak iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan. Kebanyakan anaknya ini
memainkan peranan penting mengawal negara di samping mempertingkatkan
kekayaan keluarga mereka dengan ada di antaranya bakal pengganti
Gaddafi.

Perkahwinan pertama pemimpin ini adalah bersama
seorang guru, Fatiha. Malangnya, rumah tangga yang dibina hanya bertahan
enam bulan dan hasil perkahwinan itu, mereka mendapat anak lelaki yang
dinamakan Muhammad al-Gaddafi. Anak sulungnya itu menyandang jawatan
ketua Jawatankuasa Olimpik Libya. Dari segi perniagaan pula, beliau
mengetuai syarikat telekomunikasi awam yang mengawal penyedia
perkhidmatan telefon dan komunikasi satelit di Libya. Muhammad yang
berusia 41 tahun pernah bekerja sebagai saintis komputer.

Enam
anak lain Gaddafi adalah dari perkahwinannya bersama Safia Farkash.
Saif al Islam al Gaddafi, 39, anak sulung Gaddafi dan Safia,
berkelulusan Sarjana London School of Economic, cukup fasih berbahasa
Inggeris. Selepas menyambung pengajian dalam bidang seni bina dan
ekonomi di Tripoli, Vienna dan London, beliau menubuhkan Yayasan
Kebajikan dan Pembangunan Antarabangsa Gaddafi pada tahun 1999. Di
samping itu, beliau turut terbabit dalam perniagaan. Saif pernah
meninggalkan Libya pada tahun 2006 selepas mengkritik cara pemerintahan
bapanya sendiri. Atas pendapat lantangnya itu, dunia barat menganggap
beliau berpotensi menjadi pengganti bapanya sebagai pemimpin yang
progresif. Namun, Saif kembali ke Libya pada tahun 2008 walaupun beliau
menyatakan yang beliau tidak berminat untuk meneruskan legasi
pemerintahan bapanya. Ketika pergolakan yang berlaku baru-baru ini,
beliau muncul di televisyen dan meminta orang ramai untuk senyap.

Saadi, 38, anak ketiga, pernah menyertai akademi ketenteraan Libya
dan berpangkat kolonel seperti bapanya. Ketika perang dengan puak
Islamis Libya, beliau berperanan komander unit elit. Pada 2003, beliau
ke Itali untuk berkecimpung dalam sukan bola sepak secara profesional.
Beliau sebaliknya jarang diturunkan dan atas faktor itu, meninggalkan
kerjaya berkenaan lebih awal. Saadi kemudiannya berkahwin dengan anak
perempuan pegawai tinggi tentera dan menguruskan Persekutuan Bola Sepak
Libya.

Seorang lagi anak lelaki Gaddafi yang disebut-sebut
menggantikannya adalah anak keempat beliau, Mutassim Billah Gaddafi, 36.
Seperti abangnya Saadi, Mutassim juga pernah mengikuti latihan
ketenteraan di Libya dan Arab Saudi, malah beliau berpangkat Leftenan
Kolonel dalam pasukan itu. Mutassim juga ke Arab Saudi dengan tujuan
melakukan rampasan kuasa terhadap bapanya, namun Gaddafi memaafkannya.
Kini, Mutassim menjadi Penasihat Keselamatan Antarabangsa Libya dan juga
berkhidmat dalam Majlis Keselamatan Antarabangsa. Sebagai anak Gaddafi,
Mutassim juga berkuasa untuk mempunyai angkatan tenteranya sendiri dan
beberapa tahun kebelakangan ini, bapanya sering memberi kepercayaan
kepadanya dalam menguruskan tugas politik dan diplomatik yang penting.

Antara ketujuh-tujuh anak lelaki pemimpin Libya ini, anak kelimanya,
Hannibal Gaddafi, 34, adalah yang paling ‘nakal’ dan mungkin juga paling
kasar. Wajah anaknya ini sering terpampang di dada akhbar dengan
laporan mengenai kehidupan mewahnya serta kesalahan undang-undang
termasuk dituduh memukul teman wanitanya di sebuah hotel di Paris.
Hannibal juga pernah ditahan di Switzerland atas tuduhan mendera
pembantu rumah di Geneva. Beliau turut digelar raja parti, termasuk
sering menjemput artis ternama Amerika ke parti dianjurkannya.

Saif al-Arab Gaddafi, putera keenam Gaddafi agak kurang menjadi tumpuan
media dan tidak banyak yang diketahui mengenainya. Usia Saif juga tidak
dapat dipastikan, antara 23 hingga 32 tahun namun beliau dipercayai
melanjutkan pengajian di Munich, Jerman dan menjalani kehidupan mewah di
situ. Pada tahun 2008, beliau ditahan polis Jerman kerana bunyi bising
yang dihasilkan kereta Ferrarinya.

Dalam kekalutan yang
berlaku di Libya baru-baru ini, anak ketujuh Gaddafi, Khamis, 31,
seorang anggota polis yang pernah menjalani latihan khas di Russia
terkorban. Khamis dikatakan bertanggungjawab atas kekerasan terhadap
penunjuk perasaan di Benghazi dan media melaporkan yang beliau terbunuh
dalam kejadian serangan bunuh diri.

Satu-satunya anak
perempuan Gaddafi iaitu Aisha al-Gaddafi, 35, berkhidmat sebagai seorang
peguam. Jelitawan yang pernah menuntut di Tripoli dan Paris, adalah
sebahagian kumpulan peguam bela bekas pemimpin Iraq, Saddam Hussein.
Beliau berkahwin dengan sepupu sebelah keluarga bapanya dan mewujudkan
pertubuhan kebajikan di Libya. Media Arab menggelar Aisha ‘Claudia
Schiffer Afrika Utara’ kerana beliau sering mewarnakan rambutnya perang
keemasan. Pun begitu, beliau jarang menampilkan diri di khalayak umum
walaupun pernah dilantik sebagai duta muhibah Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB).

Begitulah meriahnya keluarga Gaddafi yang seperti
pelbagai koleksi pakaiannya yang sering menjadi perhatian, kisah
anak-anaknya juga menjadi tumpuan kerana bakal menyambung legasi
pemimpin Libya ini. Apa yang pasti, dunia pasti terus menyoroti nasib
Raja Afrika ini dan penghujung pertelingkahannya dengan Barat dan terus
kekal bergelar pemimpin Libya.

Dikawal pasukan perawan

ANTARA
keunikan lain Muammar Gaddafi adalah sentiasa dikelilingi kumpulan
pengawal peribadi wanitanya yang digelar ‘Amazonian Guard.’
Kadangkala, mereka juga digelar biarawati untuk revolusi Gaddafi.

Sejak awal 1970-an, kira-kira 40 wanita melindungi dan segelintir
daripadanya menjadi penampan tembakan yang ditujukan kepada pemimpin
diktator paling lama memerintah ini.

Dilaporkan, kumpulan
pengawal peribadi wanita ini sudah bersumpah taat setia kepada Gaddafi,
termasuklah ikrar untuk mempertahankan dara atau perawan mereka. Apa
yang pasti, kehadiran mereka bukan sekadar perhiasan semata-mata apabila
seorang daripadanya maut dan dua lagi tercedera ketika melindungi
Gaddafi.

Malah, walaupun pekerjaan ini berbahaya, mereka tetap setia hampir empat dekad melindungi Gaddafi.

Tidak sekadar berbekalkan kemahiran beraksi, menariknya, mereka selalu
mengenakan pakaian cantik, kuku yang diwarnakan, mekap tebal serta
berkasut tumit tinggi.

Selain melindungi Gaddafi, termasuk ke
luar negara, mereka turut berperanan sebagai dayang apabila sering
dilihat melayan pemimpin itu di meja makan.

“Mempunyai pengawal
peribadi wanita adalah satu daripada perkara yang diingati mengenai
Gaddafi. Sukar untuk memberi penerangan rasional mengenainya, selain
daripada lumrah pemimpin itu yang mahu dilihat lain daripada lain,” kata
Penganalisis Risiko Global dari Eurasia Group, Mohammed el Katiri.

Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-64984137022111505212011-10-26T08:53:00.005+08:002011-11-04T18:30:49.053+08:00Peka lelahLUSA adalah Hari Asma atau Lelah Sedunia, tetapi sejauh manakah kita
menyedarinya? Hakikatnya, berbanding penyakit jantung, diabetes atau
kencing manis dan darah tinggi yang lebih dikenali, penyakit asma pula
lazimnya lebih ‘dihayati’ penghidap dan keluarga mereka yang lebih
maklum kesan atau komplikasi fizikal, psikologi dan sosial akibat asma.

Malah, berbanding penyakit lain, asma sebaliknya boleh diurus dan
dikawal. Malangnya, di sebalik kesedaran itu, penyakit ini masih
mencatatkan peningkatan yang membimbangkan kerana tidak dikawal dan
diuruskan dengan baik.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Abdul Razak
Muttalif, menjelaskan menerusi kajian yang dijalankan berkaitan
pengurusan dan kawalan asma di Malaysia, mendapati 30 hingga 40 peratus
pesakit asma terganggu kualiti hidupnya (tidak dapat bekerja dan
bersekolah) dan 30 hingga 40 peratus lagi tidak dapat menyertai aktiviti
sukan, aktiviti fizikal atau bersantai.

“Ini menunjukkan asma di negara ini memang tidak dikawal dengan baik
terutama pengurusan rawatan yang mana ubat hanya digunakan bila sakit
saja disamping pengambilan ubat yang tidak teratur dan salah.

“Akibatnya, setiap kali mendapat serangan asma, paru-paru
mengambil masa lama untuk sembuh,” katanya ketika ditemui, baru-baru
ini.

Apakah punca berlakunya asma? Ia dicetuskan dengan kehadiran dua
komponen utama iaitu alahan yang wujud secara genetik serta akibat
terdedah kepada suasana atau perkara tertentu yang memburukkan lagi
keadaan. Pada dasarnya, asma boleh dikatakan sebagai penyakit alahan.

Menyentuh fungsi paru-paru sebagai organ dalam sistem pernafasan,
ada tiga komponen utama iaitu saluran udara, rongga paru-paru dan
selaput. Perkara utama membabitkan asma ialah saluran udara. Apabila
alahan berlaku berlaku saluran menjadi bengkak dan mula menyempit.
Apabila sempit udara sukar untuk keluar dan masuk menyebabkan pesakit
tercungap-cungap, seperti penat dan nafas yang berbunyi.

“Kadangkala, apabila saluran sempit dan menjadi radang ia akan
mengeluarkan banyak cecair. Dan cecair inilah menjadikan saluran makin
sepit dan menyebabkan pesakit sering batuk. Batuk adalah mekanisme yang
baik bagi pesakit asma kerana ia mengeluarkan kahak dan pesakit asma
yang batuk menandakan dia banyak kahak,” katanya.

Dr Abdul Razak berkata, bersempena sambutan Hari Asma Sedunia 3
Mei ini yang masih memperjuangkan tema ‘Anda Boleh Mengawal Asma’,
pesakit perlu sedar bahawa asma adalah milik mereka dan ia perlu diurus
dengan baik.

“Dulu, kita hanya ada ubat untuk membuka saluran udara, dan tiada
penawar untuk mengurangkan radang. Kini kita ada ubat yang mencampurkan
kedua-duanya sekali, mengembangkan saluran udara dan mengurangkan
radang, jadi mahu atau tidak ia perlu diambil,” katanya.

Bagaimanapun ubat yang paling mujarab ialah mengurangkan radang
kerana kesannya adalah untuk jangka panjang, cuma masalahnya di seluruh
dunia, mereka tidak suka menggunakan ubat mengurangkan radang kerana
tidak nampak kesannya secepat mungkin.

Kehadiran kombinasi itu adalah untuk mencegah serangan asma yang
kuat dan mengurangkan fungsi paru-paru yang teruk, kerana itulah pesakit
perlu disedarkan mengenai cara mengawal dan menguruskan asma supaya
mereka boleh menikmati kualiti hidup yang terbaik dengan amalan gaya
hidup yang sihat.

Info: Tip urus asma

Pesakit dan doktor perlu saling berbincang cara terbaik kaedah atau rawatan terbaru menangani penyakit ini.

Gunakan ubat-ubatan asma dengan betul dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Kenali simptom serangan asma seperti batuk, semput, sukar bernafas.

Kenal pasti punca atau faktor pencetus asma seperti bulu haiwan peliharaan, asap rokok dan habuk.

Bagi mereka yang boleh bersenam, dapatkan nasihat doktor mengenai senaman sesuai.

Oleh Suzan Ahmad

2011/05/01 Berita harian.
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-71270159525514890372011-10-26T08:49:00.000+08:002011-11-04T18:31:08.437+08:00Obses kurusFarahvina Kaur tertekan, degupan jantung rendah gara-gara mahu langsing

“USIA
saya hanya 14 tahun apabila rakan sekolah dan saudara mara menegur peha
saya besar dan ejek muka saya bulat. Saya tertekan dan berasakan diri
tidak sempurna. Setiap kali memandang cermin, saya benci melihat imej
badan yang terpampang.

“Ketika itu, bermulalah keinginan melampau untuk kurus dan
melakukan apa saja demi mencapainya. Saya muntahkan makanan dan mula
menghukum diri jika gagal menurunkan berat badan.”

Begitulah trauma Farahvina Kaur, 21, ketika berkongsi derita anoreksia
dialaminya sejak tujuh tahun lalu, dalam satu pertemuan dengan SIHAT,
baru-baru ini. Anoreksia - masalah tabiat makan celaru yang bukan
setakat membabitkan aspek pemakanan tetapi turut menyentuh sudut
psikologi penghidapnya.

Mengimbas kembali episod suram itu, Farahvina berkata kerana tidak
tahan sering menjadi bahan ejekan, dia berubah menjadi rendah diri dan
berasakan diri serba tidak sempurna. Rutin hariannya - mencubit
bahagian berlemak di tubuh dan mengukurnya. Bayangkan sejak usianya
masih belasan tahun dia sudah mula berjinak-jinak dengan pelbagai cara
untuk menghilangkan berat badan tetapi tidak berjaya kerana kurang
pengetahuan mengenai cara paling mudah dan berkesan.

“Keadaan bertambah teruk apabila menyertai Latihan Khidmat
Negara. Selama tiga bulan, saya memilih untuk mengelak nasi sebaliknya
makan empat keping biskut setiap kali waktu makan menyebabkan berat
badan turun mendadak daripada 46 kilogram kepada 38 kilogram sejurus
tamat latihan,” katanya turut melakukan senaman secara kerap serta hanya
memakan gula dalam kuantiti kecil bagi membekalkan tenaga saja.

“Apabila pulang, kulit saya terkena selaran matahari yang teruk
membuatkan saya berasa lebih hodoh dan terus hilang selera makan. Saya
mula membeli alat penimbang berat badan dan memantau berat setiap masa
sehingga mencapai berat paling rendah iaitu 33 kilogram ketika berusia
18 tahun sedangkan ketinggian saya melebihi lima kaki.

“Sejak itu keluarga dan kawan-kawan mula memberi komen saya
terlalu kurus tetapi saya sudah tidak nampak semua itu. Setiap kali
sasaran berat badan tercapai, saya rasa saya perlu hilang lebih banyak
lagi (berat badan). Entah bagaimana, saya mula menyedari apa yang
berlaku sudah tidak normal dan harus menamatkannya. Untuk seketika saya
berasa lebih sihat dan berat badan saya meningkat kembali kepada 38
kilogram,” katanya.

Tetapi, malangnya tahun ini, keadaan kembali huru-hara apabila
penuntut bidang Pengurusan dan Pemasaran sebuah kolej terkemuka di ibu
kota ini tidak berpuas hati dengan berat badannya yang meningkat 43
kilogram.

“Saya sangat tertekan dan mula obses untuk kurus sehinggakan
mengikut apa saja teguran orang. Saya jadi orang yang terlalu negatif
dan mula membeli buku khusus kalori, semata-mata untuk mengira jumlah
kalori diambil setiap hari. Ini termasuklah menyertai laman sembang
anoreksia dan obses dengan semua nasihat dan panduan yang diberikan
laman web berkenaan. Dalam fikirsan saya tulang adalah satu simbol
kecantikan dan lemak adalah lambang kegagalan,” katanya.

Pernah pada satu tahap kronik, Farahvina membuang semua cermin di
rumahnya dan mula menghukum diri dengan mencalarkan peha, melakukan
senaman berat keterlaluan, melompat, menari dan berlari serta hanya
makan sebiji epal, lobak merah dan minuman diet, setiap hari. Makanan
yang diambil itu pula biasanya dimuntahkan dan jika boleh, dia cuba
mengelak makan. Di kolej pula dia lebih rela menaiki tangga sehingga
tingkat 10 setiap hari, tanpa menggunakan lif bagi memastikannya semua
lemak badannya dibakar.

“Hanya orang yang mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental
akan menyeksa tubuhnya begini dan akibatnya saya pernah pengsan di kolej
akibat kadar degupan jantung yang rendah. Titik tolak bagaimana saya
benar-benar berubah adalah bila orang mula menuding jari menyalahkan ibu
bapa saya dengan pelbagai tuduhan. Padahal merekalah orang pertama yang
mencuba pelbagai cara untuk memulihkan saya sehinggalah saya bersetuju
untuk menjalani rawatan terapi pakar psikologi.

Selepas dua bulan menjalani rawatan Farahvina merasa gembira,
lebih sihat dan berkeyakinan diri. Malah berat badannya pada Julai lalu
28 kilogram kini meningkat 31.15 kilogram.

“Nasihat saya kepada remaja di luar sana, sayangilah diri anda dan
lakukan sesuatu yang anda gemar dan kelilingi diri anda dengan
insan-insan yang anda sayangi. Remaja masa kini lebih suka menjadikan
rakan sebaya sebagai rujukan, ia merbahaya kerana silap langkah anda
yang akan menerima padahnya. Kepada ibu bapa, jadilah sahabat dan juga
pembimbing kepada anak-anak, peka dengan perubahan anak-anak dan ambil
berat jika anak mula memberi banyak alasan untuk bersendirian serta suka
berahsia. Jangan terlalu mendesak mereka dan terimalah mereka
seadanya.”

‘Haid terjejas, buah pinggang gagal’

SEPERTI anoreksia, masalah bulimia atau bulimia nervosa juga antara
masalah kesihatan akibat tabiat makan yang bercelaru. Pesakit bulimia
akan makan makanan kegemaran dalam jumlah banyak dan kemudian
memuntahkannya semula.

Malangnya, bukan saja makanan tetapi asid perut turut dimuntahkan
bagi memastikan tiada makanan tersisa. Lazimnya penghidapnya bertindak
menjolok anak tekak atau menggunakan pelbagai cara seperti julap dan
diuretik (buang air besar atau kecil). Ini dilakukan kerana terlalu
ingin mengurangkan berat badan dan pada masa sama masih boleh memakan
makanan kegemaran mereka.

Menurut Perunding Psikiatri & Hipnoterapi Klinikal Pusat
Perubatan Prince Court, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, bulimia ada
beberapa kriteria seperti episod makan berulang-ulang dan berlebihan
daripada biasa, dalam jangkamasa singkat).

“Kedua, timbul rasa menyesal selepas makan yang membawa kepada
perbuatan memuntahkan semula makanan dengan menjolok anak tekak dan
melakukan senaman keterlaluan dan juga berpuasa secara keterlaluan.

“Ketiga, pesakit bulimia menilai diri, kehidupan dan kecantikan
diri hanya berasaskan kepada penampilan, berat badan dan makanan. Mereka
hanya memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan berat badan kerana
di fikiran diri sentiasa gemuk dan tidak menarik. Keempat, aktiviti
harian terganggu kerana gaya hidup yang terlalu berahsia, suka
menghilangkan diri kerana mahu memuntahkan makanan menyebabkan mereka
kurang bersosial dan kurang berkawan. Malah pesakit ini sanggup mengubah
dan menyesuaikan gaya hidup mengikut tabiatnya yang suka memuntahkan
makanan,” jelas Daniel ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, pesakit bulimia boleh dikenali kerana tabiat
pemakanan yang celaru memberi kesan paling jelas pada gigi dan mulut.
Akibat kerap muntah, berlaku hakisan pada enamel gigi, kerosakan gigi
dan jangkitan pada gusi. Tabiat kerap muntah juga menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan garam dalam tubuh (elektrolit). Ia boleh menyebabkan
kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur.

“Bulimia akan memberi kesan buruk kepada seluruh tubuh seperti
tidak datang haid, cenderung untuk sembelit dan dehidrasi akibat
penyalahgunaan diuretik dan laksatif, tinggi kalori dan nutrien dari
makanan seperti kek, kuih muih, ais krim dan makanan segera. Kulit
kering dan berkedut, kekurangan zat, rambut dan kuku mudah pecah. Malah
kekurangan mineral dan vitamin juga boleh menyebabkan penyakit kronik
seperti kegagalan buah pinggang.”

Seperti masalah psikologikal lain, bulimia tidak disebabkan oleh
satu faktor sebaliknya gandingan beberapa faktor termasuk budaya
penjenamaan sosial yang sering dipaparkan media cetak dan elektronik
seperti tubuh langsing dan kulit cerah yang dilabelkan sempurna dan
ideal.

“Ia membawa pula kepada faktor pencetus yang kerap menimpa
peragawati, model dan artis ternama. Ini termasuklah remaja yang baru
memasuki usia akil baligh yang sangat rapuh jati diri dan masih mencari
identiti. Bayangkan apa kesan komen bersahaja ibu, bapa, rakan atau
saudara seperti “peha awak besarlah,” atau “muka awak bulatlah.” ke atas
mereka.

Faktor memudaratkan iaitu gemuk adalah hodoh dan kurus adalah
cantik, faktor genetik dan faktor gangguan imej tubuh (lebih kepada
anoreksia) juga memberikan kesan psikologi kepada pesakit.

Jika dibandingkan dengan aneroksia (pesakit mengelak dari
menjamah makanan) bulimia lebih mudah untuk dipulihkan. Pakar psikologi
bukan saja perlu menjalankan terapi kepada pesakit tetapi keluarga
pesakit juga perlu diberi pengetahuan dan disedarkan mengenai masalah
mental yang dilalui pesakit dan bagaimana untuk menghadapinya.

Merawat pesakit bulimia adalah usaha bersama pelbagai pihak.
Pakar perlu meyakinkan pesakit bahawa dia perlu percaya, sanggup
bekerjasama dan bersifat terbuka untuk pulih sepenuhnya kerana banyak
pembaharuan dan perubahan yang perlu dilakukan membabitkan gaya hidup
pesakit dan keluarga. Motivasi pesakit perlu dibangunkan kerana untuk
pulih ia masih bergantung kepada disiplin dan kekuatan dalaman pesakit

“Pesakit bulimia terlalu tertekan dan sangat beremosi, jadi
mengikut fasa tertentu kami mengajar mereka teknik untuk membina harga
diri, bertenang, menilai semula cara senaman mereka dan mengubahsuai
cara mereka bersenam selepas mengenalpasti masalah psikologikal lain
seperti depresi, kegelisahan dan tahap penyalahgunaan bahan diuretik dan
julap.

Oleh Suzan Ahmad Berita Harian 18 Sept 2011

Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-15922423287526712362011-10-26T08:44:00.004+08:002011-10-26T08:44:35.860+08:00Pulih serangan jantungKeluarga pesakit harus perlu pelajari bantuan pernafasan andai masalah berulang

KHAMIS
ini adalah Hari Jantung Sedunia dan sudah banyak diperkatakan mengenai
cara mengelak serangan jantung. Namun aspek yang kurang dititikberatkan
atau sering terlepas pandang adalah kehidupan selepas individu itu
bergelar pesakit kardiovaskular yang juga pembunuh nombor satu dunia.

Hakikatnya, selain ubat-ubatan dan rawatan, fasa pasca rawatan
sakit jantung itu dan mengenal pasti dan menerima peristiwa yang
mengubah diri individu itu akan membantu atau setidak-tidaknya
mempercepatkan lagi usaha ke arah pemulihan.

Bagi memastikan anda dapat terus menikmati kehidupan yang sihat dan
bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan, ada beberapa langkah serta
pengorbanan termasuk mengubah cara hidup.
Sebenarnya tempoh diperlukan bagi penghidap sebelum menyambung semula
kehidupan aktif dan kembali bekerja, bergantung kepada langkah-langkah
yang diambil bagi mengekalkan gaya hidup baru dan bukan hanya setakat
mengubah program diet dan meningkatkan aktiviti fizikal.

Keputusan kaji selidik menunjukkan bahawa semakin banyak nyawa
hilang sejak kebelakangan ini selepas pesakit keluar hospital tanpa
menyedari mereka perlu memberi lebih perhatian kepada pengurusan sindrom
koronari akut (acute coronary syndrome, ACS), iaitu terma induk kepada
mereka yang mengalami serangan jantung atau ancaman sakit jantung akibat
pengurangan aliran darah ke otot jantung.

Mereka yang pernah mengalami ACS perlu sedar bahawa penyakit ini
adalah kronik dan bersifat progresif, tetapi masih boleh diuruskan.
Langkah yang perlu diambil adalah mencegah daripada serangan jantung
yang lain dan mengurangkan risiko jangka sederhana dan jangka panjang.
Anda boleh melakukan langkah-langkah ini jika anda memahami penyakit ini
dan menyedari risiko yang ada.

Menghadapi realiti hidup baru ini serta keadaan sebenar kesihatan
adalah salah satu cabaran yang ditempuhi. Cabaran lain pula adalah
menguatkan diri untuk melalui terapi pencegahan serta menjadikannya satu
amalan.

Perasaan atau berasakan diri tersisih dan keseorangan adalah reaksi
semula jadi menghadapi situasi baru ini. Oleh itu amat penting bagi ahli
keluarga atau penjaga memahami aspek seperti cara penjagaan, penilaian
dan rawatan sewajarnya yang diperlukan pesakit bagi mengurangkan risiko
kejadian seterusnya. Sebaik pesakit mengakui dan memahami bahawa
kerjasama jangka panjang di seluruh rantaian sistem bantuan perlu wujud,
tanggungjawab bersama menguruskan kehidupan selepas serangan jantung
akan menjadi semakin mudah. Apa yang penting adalah pesakit perlu
menyedari bahawa kunci ke arah kehidupan yang produktif selepas serangan
jantung sebahagian besarnya ditentukan oleh mereka sendiri.

Kitaran rawatan

Walaupun doktor sentiasa bersedia menawarkan nasihat profesional
mengenai ujian dan ubat yang perlu diambil, pesakit juga harus menyedari
tanda amaran dan simptom serangan jantung seterusnya.

Sudah tentu pengalaman yang dilalui mengganggu sesetengah pesakit
apabila mereka meninggalkan persekitaran hospital selepas serangan
jantung. Di sinilah sokongan pihak keluarga menjadi penting dalam
membantu pesakit mengubah gaya hidup dan menjalani program pemulihan
kardium seperti yang dicadangkan atau dinasihati oleh ahli terapi dan
doktor.

Ahli keluarga pesakit boleh mempelajari teknik asas bantuan
pernafasan (CPR). Memberi bantuan kepada seseorang yang mengalami
serangan jantung pada minit-minit pertama boleh menentukan sama ada
mereka akan hidup atau mati. Pesakit dan penjaga juga harus tahu angka
penting yang diawasi berkaitan kesihatan jantung - paras kolesterol (HDL
dan LDL); glukosa darah dan tekanan darah. Menguruskan faktor risiko
ini dengan baik dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya darah
beku.

Dalam usaha merawat pesakit ACS, bergantung keadaan penyakit,
doktor boleh memberi ubat atau mencadangkan prosedur invasif. Antara
prosedur invasif adalah intervensi koronari perkutaneus (percutaneous
coronary intervention(PCI), yang mana arteri tersumbat dibuka
menggunakan alat khas dikenali ‘sten.’ PCI juga dikenali sebagai
angioplasti. Satu lagi prosedur invasif adalah graf pintas arteri
koronari yang mana arteri berkenaan (selalunya tersumbat) pada jantung
dipintas menggunakan vena untuk membolehkan darah mengalir ke jantung.

Selain pakar bedah kardiotoraks, peranan intervensi serta bantuan
diberikan pakar kardiologi membantu pesakit menangani tempoh pemulihan
yang panjang selepas pembedahan, parut serta sakit juga adalah faktor
penting dalam pengurusan penyakit jantung pesakit.

Dari segi ubat-ubatan pula, kewujudan anti platelet di pasaran
yang mencegah platelet dalam darah daripada melekat dan menjadikan darah
beku. Ubat-ubat ini diberikan sebagai tambahan atau pengganti ubat-ubat
lain digunakan bagi mencegah serangan jantung, strok dan pembentukan
darah beku atau diberikan sebaik saja berlaku serangan jantung untuk
mengurangkan risiko serangan jantung seterusnya. Jika diambil atas
nasihat doktor dan disertakan dengan perubahan amalan gaya hidup,
sesetengah antiplatelet mampu meningkatkan kadar kejayaan secara
berkesan untuk pesakit ACS.

Bagi kehidupan di luar hospital, pesakit yang pernah melalui ACS
mampu menangani penyakit kronik ini dengan lebih baik hasil rawatan yang
dipertingkatkan, daripada pembedahan dan terapi intervensi kepada
ubat-ubatan pencairan darah dan antiplatelet.

Penjagaan secara menyeluruh oleh doktor, pemberi ubat, ahli terapi
serta sokongan padu daripada ahli keluarga, sahabat, rakan kerja dan
penjaga dari komuniti turut membantu menyumbang ke arah pendekatan
rawatan yang lebih cekap dan mutu kehidupan yang lebih baik buat
pesakit.

BERITA HARIAN - 25 SEPT 2011

Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-45719312447284049712011-10-22T09:05:00.003+08:002011-10-22T09:05:44.680+08:00Herba-herba Dalam JamuHerba Popular Di Dalam Jamu

1. Jintan hitam (Nigella sativia)
Ia
lebih dikenali dengan panggilan habbatus sauda. Herba yang berasal dari
benua barat daya Asia ini merupakan ubat tradisional paling popular di
sini buat seisi keluarga.

Manfaat: Boleh
meningkatkan sistem kekebalan tubuh, daya ingatan dan tumpuan, kegiatan
hormon, mencegah alahan dan mengatasi gangguan tidur serta tekanan.

2. Misai kucing (Orthosiphon stamineus)
Bunganya ungu berupa misai halus. Tanaman ini boleh didapati di beberapa kawasan perumahan atau taman di sini.

Manfaat: Ia
digunakan dalam ubat tradisional Cina untuk penyakit kencing manis. Ia
juga dipercayai boleh menghancurkan batu karang, membersihkan toksin
dalam badan, mencegah sakit pinggang, sengal sendi dan memperbaiki
peredaran darah.

3. Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa)
Tanaman berasal dari Papua New Guinea dan Irian Jaya, Indonesia.

Manfaat:
Meneutralkan racun dalam tubuh, meningkatkan sistem kekebalan badan,
mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah dan
mengurangi kandungan lemak dan kolesterol.

4. Daun penggaga (Centella asiatica L.)
Sejenis ulam popular di kalangan orang Melayu untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.

Manfaat: Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penggaga terbukti berkesan
meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.

Kajian menunjukkan
penggaga boleh melancarkan pengaliran darah dengan menguatkan salur
darah dan kapilari, mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk,
melambatkan proses penuaan, menurunkan panas dan merawat masalah kaki.

5. Kunyit (Curcuma domestica V.)
Kerap digunakan dalam masakan.

Manfaat: Mengurangi rasa lelah, menambah semangat, mempermudah bersalin dan merupakan bahan antioksidan.

6. Tongkat ali (Eurycoma longifolia jack)
Nama lainnya, pasak bumi dan kerap dikaitkan dengan 'ubat' peningkat syahwat kaum Adam.

Manfaat: Boleh
meningkatkan penghasilan testosteron untuk memperbaiki masalah seksual.
Tetapi, ia juga meningkatkan kekebalan sistem badan, mengurangi rasa
lelah dan mengembalikan keseimbangan tahap testosteron wanita yang sudah
putus haid.

7. Kacip fatimah (Labisia pumila)
Juga dipanggil majakani. Ramai wanita memakannya untuk memelihara kesihatan secara menyeluruh.

Manfaat:
Mengandungi bahan semula jadi yang mempunyai fungsi mirip hormon
estrogen. Ia sekali gus mampu membuat anggota sulit wanita lebih
sensitif untuk mengatasi masalah kewanitaan bagi yang sudah berumah
tangga. Selain itu, ia juga boleh mengubati haid yang tidak teratur dan
masalah keputihan.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-71075271668208044882011-10-22T08:33:00.000+08:002011-10-22T08:33:32.488+08:00Strategi halus mubaligh Kristian

Kenapa orang seperti anda memilih bantuan
daripada pihak bukan Islam berbanding bantuan daripada badan kebajikan
Islam?

Kebanyakan orang seperti kami ini tidak mempunyai rumah. Walaupun ada
pekerjaan, kerana kos sara hidup yang tinggi kerana itu kami tidak dapat
sewa rumah, ataupun bilik.

Ada individu penerima bantuan ini adalah orang yang terlepas
pandang pihak berkuasa atau pertubuhan kebajikan dan ada yang keluarga
sendiri tidak mahu terima kerana keadaan mereka, Isu penyakit kronik,
bukan semua orang boleh terima, masyarakat sendiri pun tidak boleh
terima.

Pengalaman saya sendiri adalah ketika saya terlantar sakit di
rumah, tiada seorang pun jiran atau saudara seagama yang datang
menjenguk saya. Sehingga ada seorang pastor yang datang dari jauh,
melawat saya ketika saya sakit dan memberi bantuan keperluan asas kepada
saya,

Ketika itu saya hairan mengapa imam di kawasan saya ini tidak
datang menjenguk, tetapi sebaliknya, orang bukan seagama dengan saya
yang datang melawat serta mendoakan saya sembuh.

Pernahkah anda memilih atau memohon bantuan dari Pusat Zakat
atau Baitulmal sebelum ini dan bagaimana layanan diberikan oleh mereka?

Saya pernah memohon bantuan zakat, tetapi gagal kerana penyakit
berjangkit yang saya ada ini sememangnya menjadi masalah kepada mereka.

Pelbagai alasan mereka beri, dengan mengatakan pusat zakat
memang tidak ada bantuan atau peruntukan untuk orang seperti saya. Jadi
saya rasa kecil hati, bagaimana untuk orang Islam seperti saya memohon
bantuan jika di pusat untuk orang Islam sendiri beri layanan sebegini.

Adakah semua orang yang memilih bantuan ini tidak mempunyai
pekerjaan dan adakah wujud mereka yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi
masih berhubung dengan pihak berkenaan?

Saya sendiri bekerja. Pengalaman saya tinggal di jalanan, sudah lama
sejak dahulu lagi. Macam-macam dugaan telah saya lalui, sekarang syukur
pada ALLAH, saya telah bekerja, tetapi dalam tempoh saya bekerja, saya
mendapat banyak bantuan dari pihak bukan agama Islam.

Mungkin, pada pendapat saya, orang seperti saya ini terlepas
pandang, tetapi apa yang boleh saya kata adalah strategi yang mereka
gunakan adalah sistematik.

Sebagai contoh, untuk mendapat bantuan daripada pertubuhan bukan
Islam ini, saya hanya daftar keahlian di jalanan dan terus boleh
mendapat bantuan keperluan asas seperti pakaian, makanan dan bukannya
wang. Apa yang menarik adalah bantuan tersebut diberi secara berterusan
tanpa sebarang kerenah, sehingga membolehkan saya mendapat kerja
sehingga sekarang.

Sekiranya anda telah bekerja mengapa masih berhubung dan menerima bantuan daripada mereka dan bukannya badan kebajikan Islam?

Bukannya saya tidak mahu memohon kepada pusat zakat atau Baitulmal
tetapi, prosesnya sangat rumit, kerana ada yang memerlukan alamat tetap
sedangkan orang seperti saya ini tiada rumah tetap. Sebab itu, bantuan
tidak diberi.

Walaupun saya sudah bekerja tetapi kos sara hidup tinggi
sehinggakan pendapatan yang saya dapat tidak mencukupi untuk saya
mempunyai tempat tinggal.

Sampai sekarang, walaupun saya kerja lebih daripada 12 bulan
tetapi untuk sewa bilik, saya masih tidak mampu. Masalahnya adalah untuk
mohon bantuan daripada badan Islam perlukan alamat tetap.

Oleh yang demikian, saya tiada pilihan lain untuk pergi semula
dengan badan bukan Islam untuk minta bantuan kerana prosesnya mudah dan
senang, hanya datang dan terima bantuan.

Ketika berada dalam lingkungan kehidupan seperti itu, adakah
anda pernah terfikir untuk mengidamkan kehidupan yang lebih baik
termasuk diberi perhatian oleh saudara seagama dan bukannya orang lain?

Saya pernah terfikir mengapa bagi orang bukan seagama dengan saya boleh
membantu atas dasar kemanusiaan, bukan atas dasar agama. Kemungkinan ada
juga antara rakan-rakan saya yang terdetik hati untuk terpesong, saya
tidak nafikan kerana saya sendiri pernah alami perkara ini.

Dalam masa saya baru membina hidup, saya pernah pergi ke gereja
untuk makan. Hati saya tersentuh apabila tiba waktu makan tengah hari,
mereka panggil pastor baca doa mereka kemudian baru baca doa makan cara
Islam.

Kebanyakan yang makan adalah orang Islam yang mempunyai masalah
seperti saya, saya terfikir mengapa orang Islam kita tidak buat
sebegini? Saya kagum apabila tiba bulan puasa, mereka sanggup kejut
orang Islam kita untuk bangun sahur, dan kemudian makan dan tidur
semula.

[sumber asal]

Nota : Siapakah yang harus dipersalahkan. Pada pendapat saya individu yang terlibat tidak harus dipersalahkan. Kalau mereka mempunyai keimanan yang kukuh mereka tidak akan berbuat demikian.

Di manakah wang zakat yang dikutip, adakah ianya diperuntukan untuk orang-orang miskin? Apakah perlu orang yang miskin meminta di Jabatan Pengurusan Zakat atau kakitangan jabatan tersebut yang bertanggung jawab untuk mencari golongan yang layak menerimanya. Duit yang tersimpan terlalu banyak, apakah kita takut kehabisan duit-duit tersebut?Kemanakah duit-duit ini dibelanjakan selama ini? Kami saudara seIslam ingin tahu semua itu. tidakkah kita terfikir mengapa zakat menjadi rukun Islam?Sudah tentu asnab yang lapan akan ada sepanjang zaman.

Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-50199961003945297482011-10-22T07:56:00.000+08:002011-10-22T07:56:51.768+08:00Kenali insurans haramSECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan
panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.

Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut
zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab
sekitar 1830.

Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).

Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada
pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah
yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar
tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:

1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan
pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi
aspek ‘ijab dan kabul’.

2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.

3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.

4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan
yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian,
kebakaran, kecederaan dan kematian.

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa
tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal,
rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja
dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan

Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:

1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).

2. Riba dan pembahagiannya.

3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans
konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di
dalamnya.

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang
(daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur
‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah
SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’
di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang
daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah
terikat dengan syarat:

1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).

2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan
timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan
pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza,
maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai
dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba
An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam
al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila
pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah -
sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak
boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada
anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan
daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap
keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap
dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai
riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu
mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja
membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli
keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman
itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat
lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank
konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang
bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil
simpanan wang berkenaan.

Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang
itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau
perjudian.

Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.

Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan
penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual
dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti
berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda
yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:

a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah
tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini
menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal
diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini,
syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat
berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana
musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah
gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan
berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu
meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti,
dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya
As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam
Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti
Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh
Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat
yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali
diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans
yang banyak diguna pakai pada masa kini.

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada
1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis
perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia
mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di
Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang
bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali
lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.

Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama
(ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans
perniagaan dan lebih digalakkan.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-75404855048497396702011-10-22T07:53:00.000+08:002011-10-22T07:53:53.844+08:00Riba Al-Qardh paling popularRIBA Al-Qardh adalah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah
pinjaman pokok berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh
pemberi pinjaman kepada peminjam.

Riba jenis ini boleh dikira paling popular digunakan di kalangan
masyarakat kita hari ini dan boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk.

Antaranya, duit berbalas duit yang lebih banyak nilainya atau lebih
tepat lagi, pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar melebihi
nilai yang dipinjam seseorang.

Sebagai contoh, Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2,000, dengan
syarat membayar kembali dengan nilai lebih besar seperti RM2,500 dalam
masa tiga bulan.

Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai ketika pembayaran semula dalam tempoh waktu itu adalah riba al-Qardh.

Ini adalah daripada jenis riba dalam kategori nilai kewangan
berdasarkan faktor masa atau ‘time value of money’ yang diharamkan di
dalam Islam.

Konsep ‘time value of money’ adalah satu nilai kewangan hari ini bernilai lebih pada masa depan.

Ini kerana, jika setiap RM1 digunakan sebagai perumpamaan, ia mungkin
boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. (Corporate
Finance: Theory and Practice, Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, New
York, USA, 2001) Bagaimanapun, jika Ahmad memulangkan wang dengan
nilai tambah (nilai lebih daripada pinjaman) tanpa sebarang paksaan atau
syarat oleh Ali pada awal perjanjian, pinjaman dibuat sepanjang tempoh
pinjaman adalah halal lagi terpuji di sisi Islam.

Hal ini pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda
membelikan unta yang lebih baik daripada apa yang dipinjam oleh baginda
dengan meminta sahabat itu tadi membeli seekor unta yang lebih baik lalu
berkata: “Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya
dalam bentuk yang terbaik.” (Riwayat Al-Bukhari) Namun begitu, hukum
haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walaupun dengan sukarela
menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah.

Ini kerana Islam tidak menerima campur tangan reda manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.

Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah SWT. Justeru, walaupun
ditawar oleh peminjam dengan keredaan dirinya, hukum haram adalah tetap
serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau
peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.

Contoh riba Al-Qardh kedua pula adalah pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar bersama-sama sesuatu manfaat lainnya.

Sebagai contoh, pemberi pinjaman, Kamil memberi pinjaman RM1,000
kepada Hasan untuk tempoh lima bulan. Namun, sebagai balasan, Kamil
mensyaratkan Hasan membantunya menyiapkan tugasannya.

Dalam
contoh di atas, bantuan menyiapkan tugasan itu dikira riba kerana
tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman.

Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas tindakan menindas yang
mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman diberi walaupun tiada
jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran
semula.

Riba Al-Qardh ketiga pula adalah manfaat berbalas
manfaat yang lebih. (bukan dalam bentuk nilai kewangan) Contoh riba
jenis ini adalah apabila pemberi pinjaman, Hasan memberi pinjam
keretanya kepada Yusuf dengan syarat dia perlu memulangkan kereta itu
dengan tangki minyak penuh, padahal ketika pinjaman dilakukan, tangki
minyak kereta tidak penuh.

Dalam contoh ini, riba berlaku kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman yang termasuk pulangan lebih yang disyaratkan.

Ia juga tergolong di dalam ‘ijma’ yang disebutkan oleh Ibn Qudamah,
kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang
berbeza dan melebihi manfaat pinjaman itu tadi.

Dalam kes
ini, jika pemberi pinjam ingin memperoleh sesuatu keuntungan seperti
disebut di atas, dia tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam’ ketika
memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa’ dengan
nilai sewa, setangki penuh minyak.

Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperoleh adalah halal.

Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat bagi kedua-dua
transaksi kelihatan sama, walaupun demikian, ia berbeza di sisi Allah
SWT.

Ini kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset
yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih
sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk
menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap
keikhlasannya.

Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa’,
ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya
pemilik menerima habuan di dunia berbanding habuan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada malam aku pergi ke syurga
(ketika Israk Mi’raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga,
“Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan
setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali,” lalu aku
bertanya: “Wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulia
daripada sedekah?” “Jawab Jibrail: Kerana yang meminta di waktu
meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang
meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala
keperluan.” (Riwayat oleh Ibn Majah) Al-Jassas menerusi kitab yang
ditulis iaitu Ahkam al-Quran menyebut: “Allah menamakannya sebagai qardh
(pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana
jika ia bukan qardh, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran
(material) darinya.” Contoh riba Al-Qardh yang boleh terjadi pula
adalah, hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.

Riba ini terjadi apabila seseorang individu atau dinamakan sebagai Kamil
menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan dengan syarat dia perlu
menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan depan.

Pemberian ini termasuk di dalam kategori riba Al-Qardh dan tergolong di
dalam kategori pemberian pinjam walaupun menggunakan lafaz hadiah.

Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah
‘substance’ atau rangka asas kontrak yang sememangnya adalah pinjaman
berserta faedah.

Contoh lain riba Al-Qardh pula adalah apabila hadiah yang diberi bersyarat atau dibayar juga dengan hadiah.

Hal ini boleh berlaku dalam situasi apabila pengantin lelaki dan
wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan tujuh dulang
hantaran bernilai RM10,000 manakala pihak wanita bersetuju dengan
balasan sembilan dulang bernilai RM13,000.

Dalam konteks
ini, masih berlaku syubhah riba Al-Qardh jika kedua-dua pihak bersetuju
atas nilai harga tertentu iaitu RM10,000 berbalas RM13,000.

Namun, jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga dan hanya
menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.

Yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-86640430218222978522011-10-22T07:50:00.000+08:002011-10-22T07:50:33.861+08:00Harta melalaikan insanMENGUMPUL dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu sifat biasa manusia.

Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati
darinya sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset
seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.

Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehidupannya.

Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk mencari
kehidupan lebih berkualiti, namun dalam proses pencarian itu, ramai juga
yang terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu
kehidupan mula berubah seiring dengan perbuatan mereka.

Harta yang dicari itu bukan lagi untuk membina kehidupan lebih
baik dan berkualiti, sebaliknya untuk ditunjukkan secara bermegah-megah
dengannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Memperbanyakkan (harta)
dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu,
sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur. (At-Takathur, 1-2)

Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara
sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau tanpa
mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang
sah dan diiktiraf oleh hukum Islam.

Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti kita mengasihi diri kita.

Ini kita boleh lihat kepada situasi buruk yang berlaku kepada diri
serta keluarga sendiri yang pastinya tidak disukai dan tidak diingini.

Jadi, perlu kita ketahui, apa yang kita bencikan itu pastinya turut
tidak diingini oleh orang lain dan amatlah tidak wajar jika mereka
diperlakukan sedemikian.

Ada beberapa soalan yang saya terima antaranya berbunyi:

1. “Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos tuntutan kerana kita layak
tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri.

2. “Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil
serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat,
telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?

Saya kira, soalan ini
diketahui jawapannya oleh diri mereka sendiri, namun oleh kerana nafsu
terhadap harta itu tadi, mindanya juga cuba mencari jalan untuk
'mengharuskan' perbuatan berkenaan.

Paling mudah sebenarnya, kita perlu letakkan diri kita dalam situasi ini, iaitu sebagai majikan dan bukan pekerja.

Sebagai majikan, adakah kita suka melihat kakitangan kita melakukan
perkara sedemikian terhadap harta syarikat? Sudah tentulah jawapannya
tidak.

Oleh itu, sebagai pekerja patut atau tidak kita
melakukan perkara sedemikian iaitu dengan mengenepikan antara yang hak
dan yang batil? Adakah harta berkenaan tergolong dalam hak kita atau
sebaliknya dalam kategori harta yang batil (bukan hak).

Begitu
juga dalam banyak hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan
diri dalam situasi seseorang yang ingin kita jadikan mangsanya.

Syeikh Rashid Ridha menegaskan bahawa: “Penghormatan harta yang
dimiliki oleh orang lain itu sebenarnya adalah penghormatan kepada harta
sendiri. (Tafsir Al-Manar, 2/195)

Justeru, jelas di sini,
masyarakat yang mempunyai kepimpinan yang berjaya serta bertamadun
adalah masyarakat yang mampu membentuk penghuninya supaya sentiasa
seiring antara satu sama lain. Saling bantu membantu tanpa ada yang
menindas serta mengambil harta orang lain secara salah.

Malah, apabila adanya kesedaran ini, secara tidak langsung ia mampu mengurangkan rasuah, rompakan serta kecurian dan riba.

Tetapi, selagi kepimpinan hanya meletakkan sasaran kemajuan yang
ditakrifkan sebagai kekayaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau
kayu ukur kejayaan dengan mengabaikan tugas utama untuk memulih dan
membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia
rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material.

Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan
manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan
itu tanpa dapat dikongsi oleh masyarakat.

Apabila ini berlaku, pastinya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin papa kedana.

Disebabkan itu juga Allah SWT berfirman: “...supaya harta itu jangan
hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.”
(Al-Hasyr, 7)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda, bahawasanya:
“Tiadalah seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab
kepimpinan, lalu dia tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan
diperolehi bau syurga (sekalipun). (Riwayat Al-Bukhari)

Jelas
di sini, apabila hukum dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan
kontrak pertukaran hak pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar,
maka akan menjalar gejala negatif dikalangan masyarakat dan meningkatkan
lagi pelbagai masalah yang lain.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hartamelalaikaninsan/Article/index_htmlRadzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-76212793334739048992011-10-22T07:47:00.000+08:002011-10-22T07:47:31.787+08:00Riba jahiliah masih ujudDI ZAMAN Islam datang menyinari dunia kegelapan masyarakat jahiliah
di tanah Arab, banyak amalan yang dilaksanakan mereka dihapuskan oleh
Rasulullah SAW bermula daripada kehidupan seharian hinggalah membabitkan
hubungan komunikasi dalam masyarakat.

Bagaimanapun, tidak semua amalan jahiliah itu dibuang terus,
sebaliknya sebahagiannya diterima Islam namun dengan beberapa
pengubahsuaian., sebagai contoh sistem perhambaan, peperangan,
penggunaan wang emas dan perak sebagai mata wang, ‘Aqilah' dalam kes
bunuh, qur'ah (cabut undi), jualan muzayadah (lelong) dan banyak lagi.

Semua yang disebut di atas diterima pakai oleh Islam tetapi beberapa
sekatan dan pindaan dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW agar ia selari
dengan kehendak Islam, supaya tidak terlalu asing dan paling utama
selesa dilaksanakan oleh manusia seluruhnya.

Bagaimanapun,Pada masa sama banyak juga amalan jahiliah yang
dibuang terus dan digantikan dengan satu sistem baru yang murni lagi
adil dan ada antaranya pula diubah suai dengan beberapa langkah
alternatif. Daripada senarai panjang itu, amalan jahiliah yang
diharamkan terus dan disediakan alternatif salah satunya adalah 'riba
jahiliah'.

Menurut definisi, riba jahiliah adalah sebarang
manfaat atau kadar tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok
dikenakan ke atas peminjam akibat kegagalan membayar jumlah pinjaman
yang ditetapkan di dalam tempoh dipersetujui.

Hasil daripada
kelewatan itu pemberi pinjaman memberikan kata dua iaitu melangsaikan
hutang serta merta atau satu kadar bunga akan dikenakan bagi
memanjangkan tempoh pembayaran semula. Kadar bunga itu boleh dianggap
sebagai denda.

Riba jenis ini amat popular di zaman jahiliah dan berterusan di
zaman Rasulullah SAW sehinggalah diharamkan oleh baginda. yang bersabda:
“Ketahuilah, semua jenis riba telah dihancurkan, dan riba yang pertama
aku hancurkan adalah riba yang bapa saudaraku, Abbas bin Abd Muttalib,
semuanya kini telah dihancurkan.” (Riwayat Ibn Hibban, At-Tirmizi)
Contoh semasa riba jahiliah yang boleh dilihat adalah: 1. Apabila
pelanggan gagal membayar hutangnya kepada bank atau pemberi pinjam pada
bulan tertentu seperti tiga bulan berturut-turut, pelanggan dikenakan
denda atau penalti sebanyak tiga peratus dari jumlah hutang yang
berbaki.

2. Apabila peminjam buku di perpustakaan gagal
memulangkan buku pada waktunya, pihak perpustakaan mengenakan denda RM5
setiap hari yang lewat, ini juga satu bentuk riba. Justeru, jangan
sesekali lewat memulangkan buku sehingga dikenakan denda riba.
Undang-undang ini turut digunakan oleh hampir seluruh perpustakaan di
seluruh dunia termasuk di pusat pengajian tinggi Islam yang nyata
menunjukkan kurang peka di dalam hukum.

3. Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan
di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu
diberikan nilai saman mengikut minggu. Contohnya, jika dibayar dalam
tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari, nilai
saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong
di dalam riba Al-Jahiliyyah.

Disebabkan ini, mungkin akan
ada pihak yang keliru dan mempersoalkan cara sesuai untuk mengelakkan
peminjam melewatkan pembayaran dan pemulangan buku.

Bagaimanapun, topik ini sudah dibincangkan panjang lebar oleh para ulama
sedunia, dan pandangan yang sepakat oleh majoriti ulama sedunia adalah
hukuman yang dikenakan bagi pesalah yang sengaja melewatkan pemulangan
dan segala jenis hukuman tidak ditentukan dalam bentuk mata wang tetapi
lain-lain bentuk. seperti didenda tidak boleh memasuki perpustakaan
selama dua bulan, dirampas pasport, disenarai hitam dan sebagainya.

Jika ia membabitkan denda dalam bentuk wang, terdapat beberapa ijtihad di kalangan ulama semasa yang akan disebutkan di bawah.

Jadi, bagaimana pula konsep dalam perbankan Islam? Dalam konsep
perbankan Islam, mereka turut mengenakan sejumlah wang sebagai ganti
rugi atau denda. Jumlah ini sebenarnya dianggap sebagai bayaran kos rugi
(ta'widh atau compensation) yang dihadapi oleh bank akibat pelanggan
tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang dijanjikan.
Oleh itu, pembaca perlu membezakan bayaran ganti rugi yang dikenakan
oleh bank Islam dengan penalti oleh bank konvensional.

Ganti
rugi yang dikenakan oleh bank Islam adalah terhasil daripada proses
jual beli dengan bayaran ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala
penalti bank konvensional adalah hasil daripada kontrak pinjaman
semata-mata.

Menurut sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa
Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Mani',
Majlis Penasihat Syariah Bank Islam Jordan dan Fatwa Persidangan dallah
Al-Barakah, keharusan itu berdasarkan ‘Maslahat Mursalat'.

Jadi, tindakan mengenakan ganti rugi itu adalah harus bagi menyekat
orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar
atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang. Ia dinamakan
'mumatil' yang disebut oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Penangguhan
sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah
satu kezaliman.” (Riwayat Al- Bukhari) Manakala, hadis sahih
diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban pula menyatakan: “Bagi
orang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim, halal ke atas
mereka dihukum.

Kedua-dua hadis itu menunjukkan haram
hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka yang ada kemampuan.
Malah terdapat riwayat silam yang menunjukkan pemerintah Islam pernah
mengurung individu sebegini sehinggalah ia membayar hutangnya.
Ringkasnya, hukuman seperti disenarai hitamkan nama, dirampas
pasportnya, dirampas hartanya dan dijual untuk menyelesaikan hutang
adalah dibenarkan oleh Islam.

Namun, untuk bertindak
sedemikian dalam konteks semasa, sudah tentu ada di antaranya yang
sesuai, manakala tidak sebahagian lainnya.

Justeru itu,
memandangkan lemahnya sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka
dan bagi menyekat mudarat besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam
dan juga pemiutang, apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak
dilangsaikan pada waktunya, maka ta'widh (ganti rugi) akan dikenakan.

Sebahagian ulama mengharuskan jumlah ganti rugi itu dibayar dalam
bentuk wang, digunakan oleh bank dengan syarat ia adalah jumlah sebenar
kerugian. Jadi, sebarang wang lebih daripada kerugian sebenar tidak
boleh digunakan oleh bank-bank Islam. Manakala, sebahagian besar ulama
lain berpendapat bahawa ta'widh yang dikenakan oleh bank-bank Islam ini
(menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam
pendapatan bank Islam, malah mestilah diagihkan untuk tujuan kebajikan
kepada orang miskin dan fakir saja. Bagi beberapa buah bank Islam,
mereka lebih cenderung untuk menuruti keputusan majoriti ahli Majlis
Kesatuan Fiqh Sedunia. Konsep yang digunakan adalah konsep sedekah duit
(ta'widh) kepada fakir miskin adalah dibuat atas konsep 'Iltizam
at-tabarru' yang disebut di dalam kitab fiqh mazhab Maliki.
Sebagaimana, kata Imam Malik: “Dan perkara yang baik (ma'ruf) sesiapa
yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikan olehnya, wajib (lazim)
untuknya menunaikannya.

Ia bermakna semua pelanggan perlu
memberikan komitmen jika mereka gagal memenuhi janji untuk membuat
pembayaran hutangnya kepada bank dalam waktu yang dipersetujui, maka ia
berjanji akan bersedekah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa institusi
perbankan Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan,
iaitu mereka tidak hadkan penggunaan wang ta'widh kepada fakir miskin
saja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk
kegunaan mereka. Perkara ini mungkin disahkan harus oleh majlis
penasihat Syariah masing-masing. Justeru, ia selesai dengan ijtihad
Majlis Penasihat Syariah masing-masing.

Di kebanyakan bank
Islam, Jabatan Syariah dan Majlis Penasihat Syariah yang akan memantau.
Malah keputusan majlis berkenaan juga mewajibkan akaun yang diasingkan
bagi tujuan itu. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul daripada
ta'widh akan terus masuk ke akaun khas seperti bagi tujuan sumbangan
sebagai contohnya. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada sumbangan
kecuali selepas disahkan layak oleh majlis penasihat Syariah. Ini bagi
mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian.

Kesimpulannya, isu ini dibawa ke persidangan ilmuan Syariah di
peringkat Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia. Hasilnya keputusannya
menyebut, bagi menyekat kecuaian sengaja itu, maka diharuskan
mengenakan denda ta'widh dengan syarat ia adalah kerugian sebenar yang
ditanggung oleh pembiaya. Penentuan kadar rugi ini akan ditentukan
oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu kadarnya adalah satu peratus
saja dan ia tidak bersifat gabungan. Dan jauh lebih rendah berbanding
kadar denda yang dikenakan oleh bank konvensional.

Pembaca
perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh bank konvensional adalah
gabungan iaitu penalti itu akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman dan
jika penalti dikenakan lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan
kepada jumlah pinjaman asal yang ditambahkan dengan penalti. Ia amat
pedih dan perit serta zalim dan menindas.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-433294001970723022011-10-22T07:44:00.000+08:002011-10-22T07:44:22.084+08:00Faktor-faktor perceraianPENDEDAHAN Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, menerusi kajian yang dibuat pada
2008, mendapati wujudnya potensi tinggi berlakunya perceraian dalam usia
perkahwinan 10 tahun ke bawah.

Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus
perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan
bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.

Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.

Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan.

Di negara kita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) diwujudkan bagi menjaga kebajikan wanita supaya tidak
teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya.

Namun,
melihat keadaan semasa di negara kita pada masa kini, mungkin tiba
masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu lelaki yang
kelihatan semakin pudar keupayaan mereka.

Allah SWT menciptakan isi dunia ini berpasangan supaya mereka
saling bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka.

Namun, jumlah wanita lebih ramai memenuhi institusi pengajian tinggi
dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan dalam bidang pekerjaan.

Pendidikan dalam rumah tangga semakin terhakis, satu puncanya
adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja
sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam
pendidikan anak.

Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini
memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak tetapi dunia rumah tangga
memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.

Apabila
wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentu
kemampuannya mengurus isi rumah tangga menyusut, ketika itulah peranan
lelaki diperlukan tapi sedikit malang apabila lelaki terus
terkebelakang.

Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam
rumah tangga mereka sering gagal menampung ruang kosong ditinggalkan
isteri yang bekerja.

Hasilnya pergolakan pasti berlaku,
rumah tangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya
mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa.

Lebih buruk
jika impak itu merosak jiwanya dan menjadikan anak berkenaan sebagai
pembuli di sekolah, ‘virus’ di universiti, sampah dalam masyarakat dan
pencipta masalah dalam negara.

Allah SWT menyebut dalam
surah Al-Nisa, ayat 43, bahawasanya: “Lelaki itu adalah ketua ke atas
wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan
disebabkan nafkah yang mereka berikan.” Jelas daripada ayat di atas,
Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam
sesebuah rumah tangga berdasarkan dua sebab utama iaitu, kelebihan
fizikal mereka dan, tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk
keluarga.

Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan
dengan baik, pasti masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan
hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu
satu macam jenis masalah hingga berakhir dengan perceraian dan anak
bermasalah.

Kerana itu keharmonian keluarga sangat penting
dalam Islam dan Rasulullah SAW mengatakan, krisis dalam keluarga boleh
‘menghakis’ agama kerana ia punca kepada masalah lebih besar dalam
masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sahabatku,
mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadilatnya
berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?” Maka Abu
Darda’ menjawab: “Ya, Rasulullah.” Baginda membalas: “Itulah
mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat.” (Riwayat
Al-Tirmidhi Abu Daud) Rasulullah turut menyatakan bahawasanya:
“Kerosakan dalam hubungan rumah tangga, kaum kerabat dan organisasi
masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama).” (Riwayat Ahmad dan
Tirmidhi: Hadis Hasan) Apabila wanita sudah bekerja dan berpendapatan
sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya
berdasarkan kajian, ‘trend’ perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan
hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu
dipohon oleh wanita (isteri).

Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.

Allah Maha Mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah, justeru, kuasa cerai diberikan kepada suami.

Namun, isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah
apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi
syarak.

Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekali gus menunjukkan kegagalan lelaki.

Artikel ini bukan bertujuan menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita
berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang
dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebagai ketua keluarga.

Ia adalah satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan.

Tanggungjawab sebesar itu memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya
untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam rumah tangga.

Keputusan dibuat pula mestilah rasional dan boleh diterima oleh ahli
rumah, khususnya isteri, sama seperti sifat seorang hakim di dalam
mahkamah, selain hakim, peguam bela dan pendakwa juga pakar di dalam
bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan.

Itulah sebaik-baik cara yang Allah SWT ajarkan untuk manusia, mereka
perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi
lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan.

Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah
Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang
diciptakan-Nya.

Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai menyalahgunakan kemudahan fizikal.

Kelebihan digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal
digunakan untuk ‘merempit’ dan menunjuk kekuatan dengan bergaduh dan
tidak ketinggalan juga sebahagiannya diguna untuk mendera anak, isteri
dan wanita lain.

Minda logik dan kurang emosi yang
dianugerahkan Allah SWT digunakan untuk ‘menjustifikasikan’ segala
kelalaian, menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan, padahal tiada
usaha secukupnya dilaksanakan.

Akhirnya, semakin ramai
lelaki gagal menggalas tugas ketua keluarga lantaran mendorongnya untuk
terus mendesak isteri mengambil alih sebahagian tugasannya yang akhirnya
menjadi punca kepada ‘rumahku nerakaku’.

Mungkin dengan
sebab itu, kita kini memerlukan satu agensi khusus untuk melindungi
lelaki sebagaimana peranan KPWKM yang melindungi wanita.

Kita sedar tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang
datang meminta, tidak seperti wanita yang mudah menerima nasihat.

Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh
mengubah situasi buruk yang melanda? Apapun, pemimpin negara dan semua
pihak berkuasa memerlukan kaedah dan strategi lebih jelas dan berkesan
bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki daripada aspek iman, ilmu,
jiwa dan minda supaya mereka kembali menjalankan tanggungjawab dan bukan
sibuk menjual ‘ubat kuat’ dan ‘tahan lasak’.

Tanpa pelan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku kepada lelaki, khususnya di negara kita.

Sudah tentu perkara pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah
mereka, membawa lelaki kepada agama kerana semua itu bakal mempengaruhi
isteri dan anak mereka.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-735880549282005902011-10-22T07:41:00.000+08:002011-10-22T07:41:55.743+08:00Kelebihan Bulan ZulhijjahBULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua
selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta
keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.

Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)

Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama
hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn
Qayyim)

Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada
hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya
memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk
sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar
pahalanya, seperti:

1. Berzikir.

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’,
‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber
daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri
di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai
perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan
menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa.

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi
orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari
terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya:
“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada
Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup
ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan
takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung
waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa
yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda
ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah
amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali
berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang
mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti
ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar
Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang
berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk
melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku.
Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa
yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah,
maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah
sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah
RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli
binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.

Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa-
apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu
sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.

Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau
membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas
niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia
adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik,
Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat
mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat
mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu
mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)

Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.

Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah
perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu
pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya
satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan
berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat
ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang
memintanya dan yang tidak memintanya.”

Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).

Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.

Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah
organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan
menyembelih korban atas nama syarikat.

Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau
untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang
bukan manusia.

Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari
sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud
dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga
pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari
sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah
tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji
Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn
Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada
hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang
jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari
korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah
semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut
ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh
dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).

a
href="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KelebihanZulhijjah/Article/index_html">[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-77266597187663511442011-10-22T07:38:00.000+08:002011-10-22T07:39:02.308+08:00Usah ambil hak orangBAGI mengingatkan umat Islam mengenai hal ini, Allah SWT berfirman:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di
antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)

Imam ibn Al-Arabi menegaskan, ini adalah satu daripada kaedah
utama dalam muamalat Islam dan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti
‘makan’ dalam ayat itu ialah penerimaan pemberian dan penguasaan.
Digunakan lafaz ‘makan’ sebagai perumpamaan saja.

Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi: “Apa saja yang
tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang
tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).”

Imam Al-Qurtubi pula memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan,
rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain yang sebenar, mengambil
hak orang lain tanpa direstuinya, upah pelacuran, upah tukang tilik,
bomoh, harga dan untung jualan arak, babi serta yang memang jelas
menyalahi hukum Islam adalah tergolong dalam makanan harta secara batil.

Ini sebagaimana dinyatakan beliau: “Sesiapa yang memakan harta
orang lain tidak di atas landasan izin syarak, dia makan secara batil.”

Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘batil’ kepada
apa saja bentuk bayaran yang tidak mempunyai nilai timbal balik pada
pandangan syarak yang sebenar.

Begitupun, mungkin ada yang akan bertanya mengenai hukum terhadap
hak ke atas harta yang dimenangi membabitkan proses kehakiman di
mahkamah dengan alasan harta berkenaan disahkan oleh hakim.

Mengenai hal ini, Imam Al-Qurtubi menjelaskan: “Barang siapa
memakan secara batil, walaupun jika seorang hakim memutuskan kemenangan
kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu (hakikatnya) bersalah
(menipu), yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan
hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti, dan
inilah (hukum yang) ijma.” (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan ini jelas sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW
bermaksud: “Sesungguhnya aku hanya manusia dan kamu sentiasa membawa kes
pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih
cekap berhujah dari sebahagian lainnya, lalu aku memutuskan hukuman
berdasarkan apa yang aku dengar saja.

“Barang siapa yang ku jatuhkan hukuman dan hukuman itu mengambil
hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah),
janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api
neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

Kesimpulannya, umat Islam perlu mengambil berat mengenai perihal
pendapatan mereka kerana dibimbangi mereka lupa mengenai objektif dalam
mendapatkan harta serta pendapatan secara halal sehingga menganiaya
pihak lain.

Secara ringkasnya, setiap kita perlu mengelak terbabit dalam mengambil hak orang lain (batil) seperti:

Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti
menjual ubat dan makanan yang tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar
atau mempunyai aib tapi disembunyikan.

Mendapatkan pendapatan daripada upah menjampi yang bercanggah dengan Islam.

Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu karut dan meragukan
seperti sandaran ramal masa depan sama ada melalui tarikh lahir, rupa
paras dan yang sepertinya.

Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan
tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang
kenaikan walau mempunyai merit tinggi dan baik.

Mengambil upah hiburan (entertainment cost) daripada
syarikat sebagai pra syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender
sentiasa baik.

Sengaja berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula
dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri daripada pembayaran semula
hutangnya walau dalam keadaan mampu.

Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat
tetapi menerima wang zakat. Mereka juga ialah pemakan harta secara
batil.

Individu yang mengambil dan menikmati harta wakaf secara
peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga
ditegah dan termasuk dalam harta batil.

Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu.

Hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya
berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang
menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’
atau ‘khianat’ oleh Nabi SAW.

Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah,
artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang
meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih
keuntungan. Keuntungan yang diperoleh hasil daripada kerja ‘seni’ yang
merosakkan jatidiri kemanusiaan.

Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Ibnu Abbas RA mendengar baginda
Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang
penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga.
Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima
taubat orang yang bertaubat.”

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-30102466149499126092011-10-22T07:36:00.000+08:002011-10-22T07:36:07.343+08:00Hutang galak kekufuranKEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang
menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi
yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik
(sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan
kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara
tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka
mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.

Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat
hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya
hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam
enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka
hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu
membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang
di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal
hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang
mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada
manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk
tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa
meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan
mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat
ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan
daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan
hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta
perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika
seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia
mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)

Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku
berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang
bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai
Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad
3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut
Albani: Dhoif)

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:

1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain
isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara
berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan
supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar
terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’
saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan
penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh
jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan
sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan
perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana
produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara
dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan
ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu,
penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan
atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi
kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita
dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan
kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada
bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan
rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi
umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan.
Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu
memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang
peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah
dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi
melupuskan pembayaran hutang peribadi.

Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka
kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih
penting.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-26916482630246879062011-10-22T07:08:00.000+08:002011-10-22T07:08:24.917+08:00Nasi ayam istimewaALOR SETAR: “Anda boleh makan nasi ayam dan minum sebanyak mana
disukai,” kata pemilik restoran Belinda Nasi Ayam, Rose Belinda Jusoh,
36, apabila memberikan makan percuma sekali sebulan kepada pelanggan
bertuahnya sebagai daya tarikan.

Rose Belinda yang mengusahakan restoran di Pusat Perdagangan Tuanku
Haminah, Mergong, di sini, berkata setiap pelanggan yang berkunjung ke
premisnya antara 15 hingga 20 haribulan setiap bulan mulai jam 12 tengah
hari hingga 2 petang berpeluang menikmati makan percuma.

“Kami memilih tarikh itu kerana ia adalah pertengahan bulan di mana wang
gaji orang ramai selalunya semakin berkurangan sekali gus dianggap amat
sesuai untuk mereka menikmati makanan percuma.

“Bagaimanapun, kami juga tidak menyatakan tarikh secara spesifik
kerana mahu ada elemen kejutan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui
di restorannya, di sini, kelmarin.

Rose Belinda berkata,
idea memberikan tawaran istimewa itu bertujuan menghargai pelanggan di
samping bersedekah selain berusaha menarik lebih ramai pelanggan ke
restoran itu.

“Jika ia mendapat sambutan, kami akan terus memberikan tawaran istimewa ini setiap bulan,” katanya.

Belinda Nasi Ayam yang beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 11 malam
setiap hari kecuali Jumaat menawarkan tiga menu utama iaitu nasi ayam
biasa berharga RM3.80, nasi ayam special (RM6) dan nasi ayam kampung
(RM8). Katanya, antara keistimewaan menu itu ialah resipi kicap
istimewa yang dibuatnya sendiri.

Restoran berkenaan yang
dibuka sejak 16 September lalu dan mempunyai 10 pekerja itu turut
bercadang menambah beberapa menu lain antaranya Nasi Burung Puyuh.
Rose Belinda berkata, bagi memastikan keselesaan pelanggannya, dia
sangat mementingkan tahap kebersihan di samping menggunakan peralatan
dan perabot berkualiti.

“Selain menikmati makanan, saya mahu pelanggan bersantai di restoran ini yang juga berkonsepkan kopitiam,” katanya.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-625858118259218502011-10-22T06:56:00.000+08:002011-10-22T06:56:47.472+08:00Lambaian Kaabah: Tidak perlu tunggu 2017KELANA JAYA: “Kalau diikutkan, giliran saya dan isteri ke Tanah Suci
hanya akan menjadi kenyataan pada 2017, tetapi kami tidak sabar menanti
detik itu dan membuat keputusan mengambil pakej haji melalui syarikat
swasta dan kebetulan pula nama kami tersenarai tahun ini,” kata jemaah,
Matsuri Hassan yang berlepas ke Makkah bersama isteri.

Matsuri, 51, berkata, dia sudah lama mengimpikan saat ke Tanah Suci
bersama isteri tercinta dan kini berharap untuk menyempurnakan ibadat
itu dengan sebaik mungkin.

“Pada mulanya kami bercadang
menunggu giliran yang ditentukan Tabung Haji, tetapi ternyata kami sudah
betul-betul tidak sabar mahu ke sana,” katanya yang ditemui di Kompleks
Tabung Haji, di sini.

Matsuri berkata, dia dan isteri, Faizah Saari, 46, mendaftar dengan
Tabung Haji pada 2006 dan akhirnya membuat keputusan berurusan dengan
syarikat swasta pada tahun lalu.

Menurutnya, mereka sudah
merayu dengan Tabung Haji sebanyak tiga kali, tetapi disebabkan prosedur
mengutamakan pendaftar yang lebih lama, mereka akur.

“Demi
menunaikan hasrat kami ke Tanah Suci, saya dan isteri membuat potongan
gaji sebanyak RM500 setiap bulan walaupun purata gaji kami hanya
mencecah RM2,500 sebulan,” katanya.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-6710371278927591332011-10-22T06:54:00.000+08:002011-10-22T06:54:59.694+08:00Rakyat kita paling ramai layari web songsangSHAH ALAM: Membimbangkan apabila Malaysia negara ketiga di Asia
mempunyai bilangan pengguna aktif laman web gay berpusat di Amsterdam
selepas Filipina dan India.

Bilangan pengguna aktif laman web itu di Malaysia juga lebih ramai
berbanding negara mengamalkan seks terbuka seperti United Kingdom yang
menduduki tangga ke-11 dan Amerika Syarikat di tangga ke-12.

Laman web antarabangsa sememangnya tidak asing lagi di kalangan kaum
gay itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video
lucah, majalah dan khidmat teman sosial.

Selain itu laman web golongan itu dilayari hampir 10,000
pengunjung sehari turut menyenaraikan kelab khusus golongan gay dari
luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.

Ia turut
menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan
nombor telefon. Golongan terbabit boleh memuat turun aksi mengghairahkan
dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.

Hasil tinjauan dijalankan mendapati Malaysia menduduki tangga ke lapan daripada 28 negara dengan 29,330 pengguna aktif.

Angka itu membimbangkan kerana di Malaysia saja, Kuala Lumpur
mencatatkan bilangan pengguna paling ramai iaitu 13,415 diikuti dengan
Selangor 4,315.

Hasil penyamaran wartawan Harian Metro
selama beberapa hari menjadi ahli laman web terbabit mendapati purata 10
lelaki Malaysia berdaftar ahli baru setiap minggu.

Tinjauan mendapati pelbagai tajuk menjadi perbincangan pengunjung
laman web berkenaan antaranya pesta seks malam, kumpulan gay KL,
pelancongan gay, gay universiti dan pelbagai isu lain menjadi topik
hangat gay seluruh penegara.

Mengulas masalah akhlak itu,
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, meminta golongan bernafsu
songsang itu supaya bertaubat segera kerana apa yang dilakukan mereka
itu adalah amalan kaum Nabi Luth yang dimusnahkan dengan bencana
mengerikan dan dahsyat.

“Allah jadikan lelaki dan perempuan
hidup berpasangan, mengapa perlu langgar ketetapan Allah? “Perkara
ini jelas tidak mendatangkan kebaikan dan Rasulullah pernah bersabda,
barang siapa mengamalkan kehidupan kaum Nabi Luth, hukumnya adalah
bunuh,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Beliau berkata, perbuatan songsang itu wajar dikenakan hukuman dan bukan semata-mata perlu diberi dakwah saja.

“Selayaknya perkara ini dikuatkuasakan kerana di dalam hukum Islam,
hukumannya bunuh. Saya percaya, bala Allah akan turun kepada kaum yang
mengamalkan kehidupan songsang,” katanya.

Sementara itu
seorang lelaki dikenali sebagai Edi, 20-an yang juga bekerja sebagai
pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta berkata dia mendaftar
di laman web itu selepas dipengaruhi rakan yang mendakwa mudah mencari
‘teman lelaki’.

“Bukan susah pun nak ‘jual diri’, hanya berbekalkan wajah yang tampan dan jambu, seseorang itu sudah boleh ‘cari makan’.

“Kebanyakan berdaftar dalam laman web itu juga bukan calang-calang
orang. Ada yang bekerja sebagai pensyarah, ahli perniagaan, dan
sebagainya. Jika dapat rapat dengan mereka, untunglah sebab golongan ini
sanggup berbelanja besar untuk pasangannya,” katanya ketika ditemui di
sebuah restoran di Klang, baru-baru ini.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-67510902403375935582011-10-22T06:39:00.000+08:002011-10-22T06:39:15.115+08:00Dosa besarJOHOR BAHRU: “Berdosa besar bagi wanita yang sudah bersuami
menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga membawa kepada
keruntuhan rumah tangganya.

“Sepatutnya, sebagai isteri, wanita perlu hormat dan taat pada
suami lebih-lebih lagi suami yang baik budi pekerti,” kata tokoh agama,
Datuk Abu Hassan Din.

Beliau diminta mengulas berkaitan
wanita yang sanggup membayar wang tebus talak semata-mata untuk bercerai
kerana mahu berkahwin dengan teman lelaki.

Menurutnya, ada di kalangan anggota masyarakat yang kurang faham
dengan tujuan perkahwinan dan berikutan itu, mereka sanggup melakukan
perbuatan seperti wang tebus talak.

Pada masa sama, menurut Abu Hassan, tebus talak juga bukan peluang untuk mencari wang.

“Ada lelaki yang enggan menerima wang tebus talak kerana ia
membabitkan maruah, tetapi bagi lelaki yang menerimanya kerana
semata-mata mahukan wang, mereka boleh dianggap dayus,” katanya ketika
dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, isteri boleh meminta cerai daripada suaminya kerana
beberapa perkara seperti lelaki berkenaan mati pucuk atau berlaku zalim
terhadap mereka.

“Bagi kes berkenaan, ia dibolehkan kerana perkara itu mendatangkan kemudaratan kepada isteri,” katanya.

Laporan muka depan Harian Metro kelmarin mendedahkan Normah, 31,
yang sanggup membayar wang tebus talak RM20,000 kepada suaminya
semata-mata mahu berkahwin dengan teman lelaki.

Normah yang
berasal dari Petaling Jaya, Selangor, menyatakan suami yang dikahwini
selama lima tahun seorang yang baik dan tidak pernah membuat sebarang
kesalahan sepanjang perkahwinan mereka.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-74606624331293227162011-10-22T06:36:00.000+08:002011-10-22T06:36:50.217+08:00Sentiasa berwuduk elak dipukauKUALA LUMPUR: “Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri
daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan
berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita.

“Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang
itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat
ingin diperlakukan kepada kita ,” kata Pengasas Pusat Rawatan Terapi
al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan
Harian Metro semalam mengenai seorang pesara yang kerugian RM50,000
selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan alim dengan hanya menepuk
bahu.

Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari
menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepadanya.

Abdul Malek berkata, ilmu pukau sebahagian ilmu sihir yang wujud
sejak zaman Nabi Musa lagi iaitu ketika Nabi Musa terpaksa berhadapan
dengan ahli sihir Firaun.

Menurutnya, pukau akan
menyebabkan seseorang itu dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian
dengan tuannya untuk merosakkan seseorang yang dikehendaki.

Katanya, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan
diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci
al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.

“Pukau ini
mempunyai pelbagai cara seperti menggunakan asap rokok, angin dan dengan
menyebut nama orang berkenaan. Ilmu sihir sekarang juga boleh dilakukan
melalui dalam telefon.

“Oleh itu, jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk
mendapatkan ilmu yang dikehendaki, kita juga perlu melatih diri kita
dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu
berkenaan,” katanya.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-61250888762563118542011-10-21T17:05:00.000+08:002011-10-21T17:12:41.526+08:00Murtad dan bandar Oxford

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

12:53PM Okt 21, 2011

Saya
menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar
lain di United Kingdom dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar
yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu.

Kebanyakan
mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah
pelajar, pengajar dan pengkaji. Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah
lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan
tokoh-tokoh besar.

Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di
sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam
pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam
negara kita disebabkan unsur ke’jais’an kita. Amat rugi jika ada sesiapa
yang datang ke sini tetapi tidak mengambil peduli tentang aktiviti ilmu
yang pesat.

Dari
bangunan-bangunan bersejarah yang memenuhi bandar ini, kita dapat tahu
bahawa di sini asalnya tempat pengajian Kristian. Sejak kurun ke-12,
Oxford berkembang menjadi bandar ilmu. Ini terutama selepas tahun 1167
apabila Henry II melarang pelajar Inggeris melawat universiti di Paris.

Pada
kurun ke-13 bandar ini mula pesat dengan para penuntut ilmu. Antara
tahun 1249 dan 1280 diasaskan universiti kolej yang tertua di sini;
Merton dan Balliol. Ertinya bandar ini telah berkembang menjadi bandar
ilmu sejak 800 tahun yang lalu.

Dibakar hidup-hidup

Dalam
tempoh yang panjang itu, Oxford melalui pelbagai sejarah. Agama
Kristian yang menjadi teras pegangan dan pembinaan pusat pengajian di
sini telah terbabit dalam pelbagai konflik politik dan agama. Permusuhan
dan pembunuhan berlaku dengan dahsyat sepanjang tersebut. Sehingga
amalan kristianiti pun luntur di sini.

Saya
tinggal bersendirian di Broad Street. Di hadapan kediaman saya, di atas
jalan ada tanda yang dibuat mengenang ‘shuhada’ Oxford atau Oxford
Martyrs yang dibakar hidup-hidup.

Tomas Cranmer, Nicholas Ridley
dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan
Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16.

Mereka telah
mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang
dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible. Terpengaruh dengan
Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai
buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak
gereja Katholik.

Seperti Luther, mereka berusaha agar agama
Kristian tiada menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka
menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katholik yang mereka
anggap tidak berasas.

Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari
pusat-pusat pengajian teologi, diangkat memegang pelbagai kedudukan
tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas
sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza,
pihak mahkamah agama Katholik telah menghukum mereka sebagai heresy
(murtad) dan derhaka (treason) kepada Ratu. Mereka dibakar hidup-hidup
di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556.

Pengorbanan hebat

Sebenarnya,
dalam sejarah gereja Katholik, begitu ramai yang dibakar oleh pihak
gereja atas tuduhan murtad dan derhaka. Pihak gereja akan menggunakan
nama Tuhan dan istana atas tuduhan murtad dan derhaka untuk menghukum
para penentang mereka.

Pihak
Katholik juga ada privy council atau badan rahsia yang boleh menjadi
kata putus. Pihak istana dalam usaha menjaga kepentingan dan kuasa
mereka, maka akur atas segala tuduhan dan keputusan yang dibuat oleh
pihak gereja terhadap musuh-musuh mereka.

Golongan pembaharuan
dalam Kristian terpaksa melalui pengorbanan yang terlalu hebat. Hukuman
yang selalu mereka pakai kepada orang murtad ialah dibakar hidup-hidup
cara pembakaran yang menyakitkan dan kejam.

Persoalannya,
benarkah murtad, ataupun murtad itu hanya menurut ukuran mereka yang
jumud dan mempunyai kepentingan sendiri? Semua tokoh-tokoh yang dibakar
hidup-hidup itu tetap memanggil Tuhan sehingga ke akhir hayat.

Cumanya,
mereka enggan mengakui beberapa kepercayaan dan amalan Katholik yang
mereka anggap tidak bersumberkan Bible. Pihak penentang pembaharuan
sering menggunakan nama Jesus dan Istana. Padahal mereka bukan
mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan
istimewa mereka sebagai golongan agama.

Bimbang Bible diterjemahkan

Mereka
menentang usaha pembaharuan menterjemahkan Bible yang berbahasa Latin
ke dalam bahasa Inggeris. Mereka bimbang orang lain dapat menilai dan
menembusi maklumat agama yang akhir menyebabkan mereka dipersoalkan.

Hari
ini Oxford terus wujud. Namun, mereka yang dibakar dan dituduh murtad
itu dikenang sebagai wira dan syahid oleh generasi kemudian. Demikianlah
penilaian terhadap fakta sejarah selalu berubah dengan berubahnya cara
fikir manusia.

Wira boleh menjadi derhaka, derhaka pula boleh
juga menjadi wira. Seseorang yang dihukum pada suatu masa, mungkin
dihargai pada masa yang lain. Kemungkinan juga seseorang yang dihargai
kini, akan dihukum pada masa yang akan datang.

Sebab itu setiap
kita hendaklah berpegang kepada asas-asas kebenaran yang disepakati oleh
ad-din dan manusia sejagat. Bukan berpegang kepada sesuatu yang
bersifat politik dan isu semata.

Walaupun begitu dahsyat dan
kejam pihak gereja Katholik berusaha mengekang pembaharuan, namun hari
ini segala yang mereka takuti telah pun menjelma dalam rupa yang lebih
‘ganas’.

Mereka cuba menentang kritikan terhadap amalan mereka,
hari ini di Barat, bukan sekadar amalan mereka, bahkan Tuhan pun
dinafikan kewujudannya. Pada era 1880, ahli falsafah Jerman Friedrich
Nietzche telah mengistiharkan bahawa ‘God was dead’ (Tuhan telah mati).
Walaupun 120 tahun kemudian agama terus hidup di dunia ini dan Tuhan
terus dipuja, namun golongan atheist dan agnostic turut berkembang.

Usaha
menolak kewujudan Tuhan terus berjalan dan mendapat sambutan yang besar
di seluruh dunia. Richard Dawkins umpamanya, pada 2007 menerbitkan buku
God Delusion atau penipuan Tuhan, buku yang menggambarkan bahawa tiada
siapa yang boleh memberikan gambaran lengkap tentang agama yang sebenar.

Tulisannya
ini menggalakkan golongan anti-agama dan bukunya mendapat sambutan yang
hebat. Di Oxford yang dipenuhi dengan gereja dan segala kesan sejarah
perkembangan Kristian, turut menjualnya.

Nama Tuhan digunakan

Menjadi
masalah besar apabila nama Tuhan sering digunakan untuk kepentingan
kuasa dan diri sendiri. Orang lain dihukum atas nama Tuhan, padahal
kesalahan itu tidak membabitkan ajaran Tuhan. Akhirnya, Tuhan disalah
ertikan dan agama dibenci.

Di Oxford, walaupun bangunan dan
bayangan gereja mengelilinginya, amalan kehidupan agama sudah tipis.
Pengajian dijalankan tanpa berkait lagi dengan nama Tuhan melainkan
sedikit. Ataupun, Tuhan itu difahami dalam pelbagai versi yang
tersendiri.

Menuduh
orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh
tanpa kepentingan dan fanatik. Menghalang orang lain memberikan
pandangan dan pendapat atas nama Tuhan adalah perbuatan yang menjauhkan
manusia dari agama. Itu bukan usaha menguatkan agama.

Islam adalah agama dialog dan hujah.

Ia
bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu
perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan
melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada
orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak.

Padahal Allah
telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog.
Firman Allah (maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah
dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah
jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah
jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Menuduh orang lain murtad juga
secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja
Katholik. Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan
lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita
ingin mengulanginya?

[sumber asal]

Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-17279862916769482462011-10-21T16:52:00.000+08:002011-10-21T16:52:11.794+08:00Fenomena Aziz Bari: Di mana silapnya?

Muhammad Kamil Abdul Munim

6:03PM Okt 20, 2011

Tidak
sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa besar
dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada pemimpin.
Arak, judi, zina, bukan lagi ‘dosa’.

Budaya ini mengimbau kembali
kepercayaan melayu kuno terhadap sultan iaitu sebagai jelmaan tuhan di
bumi. Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan.

Kenyataan
Professor Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan di laman berita
Malaysiakini telah mencetuskan kemarahan mereka yang jahil tentang
peranan sultan sebagai ketua agama Islam berikutan kenyataan Sultan
Selangor mengenai pemeriksaan ke atas gereja yang dilakukan oleh JAIS
baru baru ini.

Mereka ingin dilihat sebagai Melayu sejati yang
mebela ketuanan Melayu walhal tindakan sedemikian boleh dikategorikan
sebagai tindakan ‘bodoh’ atau ‘kurang cerdik’ dalam bahasa yang lebih
sopan.

Menyamakan titah sultan sebagai titah Tuhan adalah syirik.

Sultan
bukan nabi atau malaikat. Mereka ialah manusia biasa yg diciptakan dari
setitis air mani sama seperti manusia lain, mempunyai sifat sifat yang
dimiliki oleh manusia lain seperti bodoh, pemalas, pelupa, rajin dan
sebagainya.

Isu sebenar yang dibangkitkan oleh beliau adalah
bagaimana peranan sultan dalam menggunakan kuasa yang diperuntukkan
kepada mereka. Tidak ada apa apa yang salah di sisi undang-undang.
Bahkan beliau sendiri ialah seorang pakar dalam undang undang
perlembagaan. Justeru beliau mempunyai hak untuk bercakap dalam konteks
perlembagaan.

Tindakan menggantung beliau sebagai pensyarah
adalah permulaan kepada kesilapan. Modus operandi ini sama digunakan
oleh British ketika menentang kebangkitan golongan anti penjajah dengan
menggantung mayat Tok Janggut dan diusung di sekitar Kota Bharu bagi
meberi amaran kepada mereka yang cuba menetang British.

Kini Aziz
Bari menjadi simbol amaran kepada ahli akademik yang cuba mendedahkan
kebenaran kepada masyarakat maka mereka akan dihukum.

Malangnya
situasi ini harus dihentikan secepat mungkin kerana dikhuatiri kesan
daripada isu ini boleh meledakkan kemarahan rakyat khususnya di kalangan
anak muda kerana penafsiran mereka terhadap institusi diraja sangat
kritikal. Risau-risau nanti ada pula gerakan menentang institusi
monarki.

Oleh kerana itu, ‘hujah mesti dibalas dengan hujah’.
Amalan biasa yang dilakukan di Malaysia adalah ‘hujah dibalas dengan
kezaliman’ dan amalan ini harus dihentikan.

Oleh kerana kami berpendidikan, kami benci bila kami diperbodohkan.

Penulis adalah pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

[sumber asal]
Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6560001634621990292.post-71341798721697698152011-10-21T16:44:00.000+08:002011-10-21T16:44:57.377+08:00Azizbarisme sudah melanda

Mohamed Hadi al-Majwi
12:06PM Okt 21, 2011

Saya
mengenali Profesor Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang
perlembagaan saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM). Mudah ceritanya, Aziz Bari ialah tok guru saya dan
sudah tentulah saya berasa amat terhutang budi kepada beliau.

Saya percaya ribuan pelajar dan bekas pelajar beliau turut berkongsi sentimen yang sama dengan saya.

Saya
mengenali Aziz Bari sebagai seorang yang teguh dengan prinsip dan
mempertahankan pandangan akademiknya berteraskan hujah ilmiah. Pandangan
beliau yang tegas mengenai isu-isu perlembagaan dan kenegaraan sudah
tentu perlu dibayar dengan risiko.

Ini yang selalu dipesankan
oleh beliau kepada para pelajarnya. Disebabkan kelantangan beliaulah,
beliau pernah berkata beliau tidak akan mempunyai peluang untuk menjadi
Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Timbalan Rektor,
apatah lagi Rektor UIAM.

Pingat dan darjah kebesaran daripada
istana, jauh sekali! Tetapi inilah harga yang perlu dibayar untuk
mempertahankan maruah ilmu yang dijunjung oleh beliau.

Di dalam
memberi ulasan dan pandangan, saya melihat Aziz Bari sebagai seorang
yang berterus-terang dan tidak berlapik-lapik atau berdolak-dalik di
dalam mengutarakan buah fikirannya. Tidak seperti sesetengah profesor
kangkung dan bayam yang kita boleh kenal ciri-cirinya.

Buku-buku
penulisan beliau mengenai perlembagaan juga secara terbuka mengkritik
parti pemerintah dan tokoh-tokoh politik seperti Tun Dr Mahathir
Mohamad. Bukan baru sekarang, tetapi konsisten sejak dahulu lagi.

Bacalah
hasil penulisan beliau (masalahnya yang menghentam beliau pun tak
pernah membaca buku-buku dan artikel-artikel beliau). Kalau orang
menuduh Aziz Bari pro-pembangkang, ini juga saya fikir melucukan kerana
kita masih belum terlupa beliau pernah mengkritik kepimpinan Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di media massa.

Ulasan
Aziz Bari seringkali ditagih di dalam soal-soal berkaitan perlembagaan,
dari zaman Meor Atiqulrahman, membawa kepada Lina Joy, sehinggalah
krisis perlembagaan Perak dan terkini isu titah Sultan Selangor mengenai
serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja.

Sudah
tentulah tidak semua pandangan beliau boleh diterima oleh semua pihak,
tetapi kalau tidak bersetuju, balaslah dengan hujah akademik. Tetapi di
bumi bertuah ini, hujah intelek selalunya dibalas dengan laporan polis,
soal siasat pihak berkuasa, surat tunjuk sebab dan pelbagai bentuk
intimidasi lain.

Satu perkara lagi yang saya kagum dengan Aziz
Bari ialah beliau seorang yang sangat rajin menulis, baik santai mahu
pun ilmiah inti penulisannya. Tulisan-tulisan ini pula bukanlah dipetik
daripada langit, tetapi beliau berkorban masa untuk menghasilkannya.

Para
pelajar dan pensyarah di AIKOL boleh mengesahkan, sewaktu cuti-cuti
umum, sewaktu UIAM lengang tidak berpenghuni, kita boleh melihat kereta
Mercedes antik merah beliau di parkir kereta pensyarah dan lampu
biliknya menyala hingga ke lewat malam. Pengampukah orang sebegini? Kaki
bodekkah? Kangkungkah?

Sepanjang yang saya tahu, Aziz Bari
tidak bercita-cita tinggi pun di dalam politik. Cita-citanya hanyalah
para pelajar, buku-buku ilmiah dan hasil kajiannya sahaja. Setahu saya,
Aziz Bari tidak ada telefon bimbit pun. Takkanlah orang yang tiada
telefon bimbit sebegini cita-citanya mahu jadi wakil rakyat dan
seterusnya menjadi menteri kabinet atau Perdana Menteri?

Terkini,
beliau telah digantung tugas daripada UIAM disebabkan tuduhan-tuduhan
jahat ke atas beliau. Saya percaya bekas pelajar-pelajar beliau yang
sudah menjadi "orang-orang besar" menggeleng-geleng kepala dengan
perkembangan ini.

Bagi saya, ini tidaklah aneh kerana warga UIAM
sudah masak dengan wayang murahan sebegini. Kita pun tahu apa sudah
berlaku sewaktu Ustaz Azhar Idrus dijemput berceramah di UIAM. Hilang
seorang profesor, berderet-deret universiti luar negara yang akan
mengambil beliau untuk berkhidmat di luar negara. Akhirnya siapa yang
menjadi mangsa? Para pelajar kita juga.

Saya cuma insan kerdil
yang tidak mempunyai kuasa dan upaya untuk mengubah keadaan. Saya
hanyalah bekas anak murid Aziz Bari dan saya menukilkan pendapat saya
ini sebagai tanda sokongan penuh saya kepada beliau. Warga UIAM dan
bekas para pelajar beliau, marilah kita berdoa supaya Profesor Dr. Abdul
Aziz Bari diberikan segala kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Berpegang teguhlah Prof, kami semua mendoakan. Sesudah Sabuisme, kita kini menyaksikan gelombang Azizbarisme.

[sumber asal]

Radzamihttp://www.blogger.com/profile/07141397218063158655noreply@blogger.com0