Friday, October 2, 2009

Hujan Air Batu


Pada hari tersebut saya berada di Triang Pahang, saya begitu terperanjat kerana bunyi bising di atas bumbung bangunan tempat saya berteduh dari hujan. Apabila saya amati di atas jalan terdapat hujan air batu yang sebesar jari kelingking. Saya tak sempat nak kutip kerana ianya cepat cair. Semasa dalam perjalanan balik ke Temerloh didapati banyak pokok tumbang di atas jalan. Yang saya hairan bila sampai di Temerloh tiada setitik hujan pun di situ. Sedangkan pada masa yang sama hujan air batu sebesar penumbuk berlaku di Jerantut seperti yang disiarkan dalam media-media di Malaysia.

Hujan air batu sebesar cawan bukan fenomena biasa

02/10/2009 6:47pm

KUALA LUMPUR 2 Okt — Kejadian hujan air batu sebesar sebiji cawan di Jerantut, Pahang Isnin lepas bukan suatu fenomena biasa di negara beriklim Khatulistiwa, kata pegawai Kaji Cuaca Jabatan Alam Sekitar (JAS) Zureen Norhaizatul Che Hassan, hari ini.
Katanya, faktor iklim yang sentiasa panas dan hujan di negara yang berada dalam grid Khatulistiwa tidak memungkinkan berlakunya pembentukan ketulan ais sebesar itu di ruang atmosfera negara.