Saturday, July 4, 2009

Penyakit Jantung

Penyakit Koronari Jantung
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.
Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovascular di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi setiap 100,000 penduduk kepada 37 bagi setiap 100,000 penduduk. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun.

Tiga Masjid Bersejarah Di KLumpur

Nilai estetika tiga masjid

Senibina Masjid India, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kampung Baru mempunyai nilai estetika yang tinggi.


MASJID Jamek Kampung Baru dibina hasil kerjasama penduduk kampung.




MASJID India mula dibina pada 1863 oleh pendatang India Muslim.


SETIAP masjid yang dibina pasti mempunyai keistimewaan yang sukar ditandingi. Jika bukan pada reka bentuknya, nilai keistimewaan tersebut mungkin boleh didapati daripada fungsi masjid itu sendiri.
Ungkapan di atas mungkin sesuai ditujukan kepada tiga buah masjid yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur iaitu Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid India.
Ketiga-tiga masjid tersebut diakui mempunyai nilai estetika yang tinggi dan ia perlu dipertahankan sebagai warisan berharga demi generasi akan datang.
Masjid Jamek Kampung Baru contohnya, merupakan masjid yang dibina hasil kerjasama penduduk yang mahukan rumah ibadat didirikan di kawasan itu.
Sejarahnya bermula apabila seorang pedagang Melayu, Bachik Abdullah bersetuju menyumbangkan sebidang tanah seluas empat lot untuk tujuan tersebut pada tahun 1880-an.
Beliau yang berasal dari Melaka dan mempunyai sebuah rumah di Jalan Melayu, terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan.
Tanah sumbangan Bachik itu kemudiannya diwakafkan kepada

Masjid Jamek Kg Baru

Menjejak khazanah bernilai

Program Jejak Warisan Masjid memberikan ilmu dan pengalaman berharga buat peserta yang mengikuti acara ini.





TARIKH 5 Mei lalu pasti meninggalkan kenangan paling manis buat negara. Ini berikutan kejayaan Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009 bagi rantau Asia oleh Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Saintifik dan Budaya Islam (ISESCO).
Pemilihan itu memberi satu pengiktirafan tertinggi yang diterima Malaysia. Ini kerana bukan mudah untuk melepasi syarat ketat yang ditetapkan dalam pemilihan tersebut.
Kemampuan Kuala Lumpur mengatasi cabaran kota-kota lain di dunia dalam penonjolan budaya Islam membolehkan kejayaan berpihak kepadanya.

Lelaki Mengandung

'Lelaki' hamil bukti budaya Barat tenat

Oleh Siti Suriani Othman

THOMAS Beatie, 'lelaki' pertama yang mengandung melahirkan anak kedua dua minggu lalu. Berita mengenai 'lelaki mengandung' pernah menggemparkan dunia tahun lalu.

Dengan paparan gambar 'lelaki' yang berjambang dengan perut membuyung di media dan internet, Beatie yang sah secara perundangannya sebagai lelaki dikatakan sebagai lelaki pertama di dunia yang boleh mengandung dan melahirkan anak.

Namun latar belakang Beatie sebenarnya dilahirkan seorang perempuan. Dia melakukan pembedahan tukar jantina untuk menjadi lelaki, tetapi tidak membuang sistem peranakannya. 'Bapa' berusia 35 tahun itu kemudian mendapati 'isterinya' tidak boleh mengandung dan kerana inginkan anak sendiri, Beatie berhenti mengambil hormon lelaki dan mereka membeli sperma daripada internet.

Batu kristal Gunung Keriang

Batu kristal Gunung Keriang

Tidak perlu terlalu mengagungkan kristal dari luar negara kerana batu itu juga banyak terdapat di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.


GUNUNG KERIANG kini menjadi sumber rezeki sesetengah penduduk di sekitarnya.



BAGI mereka yang meminati barangan perhiasan kristal, Gunung Keriang merupakan tempat paling tepat untuk dikunjungi kerana terdapat lebih daripada 100 jenis batu kristal atau lebih dikenali sebagai 'batu bunga' terdapat di situ.
Lebih unik, terdapat pelbagai bentuk dan jenis batu kristal yang ditawarkan oleh penjual. Ia dipercayai bukan sahaja bertujuan menghiasi ruang tamu rumah, bahkan batu tersebut juga mempunyai rahsia kesihatannya yang tersendiri.
Lebih tepat lagi, batu kristal ini mempunyai unsur tenaga untuk tujuan kesihatan sekali gus memberi kebaikan kepada penggunanya yang menjadikannya sebagai perhiasan di rumah.

Sejarah Tanjung Piandang, Perak

Apabila ombak menghakis pantai

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?





PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian. Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.

Pengebumian Michael Jackson

DUNIA

Laman web dakwa solat jenazah juga bakal diadakan






LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu dilaporkan akan dikebumikan mengikut ajaran islam, lapor sebuah laman web semalam.
Menurut laman web Kahbrein. Info, keluarga Michael yang mesra dengan panggilan Jacko itu sudah memutuskan bahawa dia akan dikebumikan menurut agama Islam termasuk mengadakan solat jenazah.
Solat jenazah itu akan diketuai oleh seorang imam dan sejumlah pengikutnya.
Penyanyi itu yang meninggal dunia selepas degupan jantungnya berhenti berfungsi meninggal dunia di rumah yang disewanya di sini.
Raja Pop yang popular dengan lagu seperti Beat It itu dilaporkan memeluk agama Islam pada November tahun lalu selepas dia diyakini bahawa agama tersebut mampu memberinya ketenangan.

Penemuan Emas Di Kaki Bukit, Kedah.

NEGARA

Penduduk gempar jumpa emas di kaki bukit



INILAH ketulan dipercayai emas yang ditemui oleh sekumpulan penduduk di Kampung Jelutong, Tobiar, Pendang semalam.



PENDANG - Ketulan emas muncul di kaki bukit!
Penduduk Kampung Jelutong dekat sini terkejut apabila bukit yang sebelum ini menjadi kawasan kuari tiba-tiba didakwa dipenuhi dengan ketulan emas.
Akibatnya, kawasan itu yang sebelum ini lengang kerana hanya merupakan kawasan kuari kini dipenuhi ratusan penduduk yang berpusu-pusu mengorek tanah untuk mencari emas dalam ketulan batu di kaki bukit berkenaan.