Monday, February 8, 2010

Tradisi Pindah Rumah


Tradisi memindah rumah secara mengusung beramai-ramai telah dilakukan sekali lagi di Perlis. Peristiwa sebegini jarang-jarang kita lihat apatah lagi mengalami sendiri. Sepanjang hidup saya, sebanyak 4 kali peristiwa ini berlaku di kampung. Yang berat sama dipikul memang bertepatan dengan kehidupan di kampung. Dengan jamuan kecil untuk penduduk kampung, mereka telah datang beramai-ramai membantu mengalihkan rumah berkenaan.


Biasanya sebelum rumah tersebut dapat dialihkan, kerja-kerja persediaan juga amat penting. Mengikat kayu atau buluh pengusung pada bahagian bawah perlu dilakukan dengan teliti supaya tidak berlaku keadaan tidak stabil kepada rumah yang hendak diusung. Biasanya hanya bahagian ibu rumah sahaja yang diusung. Bahagian serambi atau dapur dibombak terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment