Monday, March 22, 2010

Atasi masalah lemah kawalan kencing

Majlis 'Apa kata wanita' anjuran Poise yang turut melancarkan laman web www.poise.com.my

Murung, sering ke tandas dan tidak yakin menghadiri majlis. Simptom-simptom ini mungkin dialami oleh wanita yang tidak dapat mengalami masalah mengawal kencing. Sedar atau tidak, jika masalah ini tidak diatasi, aktiviti harian anda mungkin terjejas.


"Saya bersikap terbuka tentang pengalaman saya kerana satu-satunya cara untuk mendapatkan jawapan yang saya inginkan ialah dengan meluahkan masalah saya
. Saya harap wanita yang runsing dengan masalah mereka akan berbincang dan mendapatkan bantuan yang terbaik," kata Maznah, bekas penghidap kanser endometrium yang mengalami masalah lemah kawalan kencing hasil kesan sampingan radioterapi.

Bercerita tentang pengalamannya, Maznah bukan sahaja mengalami kesukaran menghadiri majlis seperti kenduri kahwin, dia juga terpaksa melupakan hasrat memakai baju kurung. Dia lebih selesa memakai seluar panjang. Lebih merumitkan, dia akan meminta anak perempuannya memeriksa bahagian belakangnya sama ada kelihatan kesan basah atau tidak.

"Sembilan tahun mengalami masalah ini memang sukar untuk saya. Sejak disahkan menghidap kanser pada tahun 2001, masalah terkucil ini mengganggu saya," katanya pada majlis 'Apa kata wanita' anjuran Poise.

kekerapan

Sementara itu, Norhaslina Hashim mengakui dia mengalami masalah ini sebelum berkahwin lagi. Namun, ketika itu dia menganggap masalah ini normal dan bukan sesuatu yang serius. Kebetulan, ibunya juga mengalami masalah lemah kawalan kencing.

"Saya gemar ketawa dan memang seorang yang periang. Tetapi setelah mengalami masalah lemah kawalan kencing, saya terpaksa mengawal kekerapan dan cara saya ketawa. Saya juga terpaksa berulang kali ke tandas dalam sehari untuk memastikan saya tidak membasahkan diri terutamanya semasa majlis keramaian atau perjalanan yang jauh. Ia sungguh menyusahkan," kata ibu kepada dua anak.

Keadaan semakin rumit selepas melahirkan anak pertama dan kedua. Norhaslina merasakan masalah ini semakin tidak dapat dikawal. Dia terpaksa menahan ketawa hanya kerana tidak mahu terkencing dan basah.

Norhaslina dan Maznah menggalakkan wanita untuk menjadi lebih terbuka mengenai pengalaman mereka menghadapai masalah lemah kawalan kencing dan mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan karib.

"Anda mungkin tidak menyangka ada wanita lain yang mengalami masalah sama. Mungkin mereka dapat membantu anda dalam perjuangan untuk mengatasi cabaran ini. Selain itu, anda perlu bersikap positif. Jangan mudah mengaku kalah dan perlu yakin pada diri sendiri," jelas mereka yang sudah hampir dua tahun menggunakan Poise.

Selain itu, mereka tidak lupa melakukan senaman lantai pelvik yang membantu menangani masalah ini. Kini, mereka lebih yakin dan dilindungi.

Sementara itu, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Presiden Yayasan Kontinens Malaysia, 65 peratus wanita yang ditemuramah tidak mendapatkan rawatan dan 64.5 peratus daripada mereka yang bertemu dengan doktor mengatakan doktor tidak mengambil berat tentang masalah mereka.

"Masalah ini mungkin tidak mengancam nyawa tetapi ia memberi kesan negatif terhadap gaya hidup seseorang wanita. Lemah kawalan kencing boleh menjejaskan segala aspek kehidupan seperti gangguan tidur dan mengehadkan aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, ia menyebabkan masalah keyakinan diri, masalah seksual dan masalah untuk bersosial. Masalah ini tidak sepatutnya menjadi halangan untuk menikmati kehidupan yang aktif," katanya.

mengetahui

Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia untuk Poise, Haniza Tahir pula memberitahu, walaupun masalah lemah kawalan kencing bukan sesuatu perkara yang yang menjadi pokok perbincangan di kalangan rakan-rakan, anda mungkin terkejut mengetahui bahawa satu per empat daripada semua wanita akan mengalami masalah lemah kawalan kencing pada satu tahap dalam hidup mereka.

"bagi wanita yang mengalami masalah lemah kawalan kencing, persoalan yang sering menyelubungi mereka ialah cara terbaik untuk mengurusnya. Tidak ramai yang ingin berbincang atau mahu mengetahui lebih lanjut mengenai masalah ini. Justeru itu, Poise memperkenalkan laman web pertama di Malaysia www.poise.com.my yang membantu wanita mengawal masalah ini, memberikan informasi, fakta-fakta dan nasihat mengenai jenis masalah lemah kawalan kencing, serta apa yang anda boleh lakukan untuk mengawal masalah anda. Dalam pada itu, Poise direka khas untuk masalah lemah kawalan kencing menyerap dua kali lebih banyak dan membantu mengawal bauan. Selain itu, orang ramai boleh menghubungi 1-800-821188 untuk maklumat lanjut.

[sumber berita]

No comments:

Post a Comment