Saturday, October 22, 2011

Herba-herba Dalam Jamu

Herba Popular Di Dalam Jamu


1. Jintan hitam (Nigella sativia)
Ia lebih dikenali dengan panggilan habbatus sauda. Herba yang berasal dari benua barat daya Asia ini merupakan ubat tradisional paling popular di sini buat seisi keluarga.
Manfaat: Boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh, daya ingatan dan tumpuan, kegiatan hormon, mencegah alahan dan mengatasi gangguan tidur serta tekanan.
2. Misai kucing (Orthosiphon stamineus)
Bunganya ungu berupa misai halus. Tanaman ini boleh didapati di beberapa kawasan perumahan atau taman di sini.
Manfaat: Ia digunakan dalam ubat tradisional Cina untuk penyakit kencing manis. Ia juga dipercayai boleh menghancurkan batu karang, membersihkan toksin dalam badan, mencegah sakit pinggang, sengal sendi dan memperbaiki peredaran darah.
3. Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa)
Tanaman berasal dari Papua New Guinea dan Irian Jaya, Indonesia.

Manfaat: Meneutralkan racun dalam tubuh, meningkatkan sistem kekebalan badan, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah dan mengurangi kandungan lemak dan kolesterol.
4. Daun penggaga (Centella asiatica L.)
Sejenis ulam popular di kalangan orang Melayu untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.
Manfaat: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penggaga terbukti berkesan meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.
Kajian menunjukkan penggaga boleh melancarkan pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari, mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan, menurunkan panas dan merawat masalah kaki.
5. Kunyit (Curcuma domestica V.)
Kerap digunakan dalam masakan.
Manfaat: Mengurangi rasa lelah, menambah semangat, mempermudah bersalin dan merupakan bahan antioksidan.
6. Tongkat ali (Eurycoma longifolia jack)
Nama lainnya, pasak bumi dan kerap dikaitkan dengan 'ubat' peningkat syahwat kaum Adam.
Manfaat: Boleh meningkatkan penghasilan testosteron untuk memperbaiki masalah seksual. Tetapi, ia juga meningkatkan kekebalan sistem badan, mengurangi rasa lelah dan mengembalikan keseimbangan tahap testosteron wanita yang sudah putus haid.
7. Kacip fatimah (Labisia pumila)
Juga dipanggil majakani. Ramai wanita memakannya untuk memelihara kesihatan secara menyeluruh.
Manfaat: Mengandungi bahan semula jadi yang mempunyai fungsi mirip hormon estrogen. Ia sekali gus mampu membuat anggota sulit wanita lebih sensitif untuk mengatasi masalah kewanitaan bagi yang sudah berumah tangga. Selain itu, ia juga boleh mengubati haid yang tidak teratur dan masalah keputihan.

1 comment:

  1. Casino Games - DrmCD
    Looking for Slot Machines? DrmCD helps you choose a slot, as well as other games, 삼척 출장샵 and choose 영주 출장마사지 which ones to play and 대전광역 출장안마 which ones don't. The casino has 광양 출장안마 a 안산 출장샵

    ReplyDelete